Biodata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob! Siapakah Beliau?

GAYA HIDUP
August 20, 2021 - 10:16 AM


Biodata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob! Siapakah Beliau? Nama Ismail Sabri agak panas sejak Covid-19 melanda kan. Kalau korang nak tau siapa Ismail Sabri ni? Kami rasa nama ini tidak asing lagi denagn rakyat Malaysia sebab hari-hari muka dia akan keluar kat TV. 

Kalau korang nak tahu inilah dia Ayah kepada Dafi AF tu. 

Jom kita tengok biodata ringkas tentang Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Nanti manalah tahu nama ini yang dilantik sebagai PM9 kite dapatkan korang tau serba sedikit tentang beliau.

Biodata

Nama: Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Tarikh Lahir: 18 Januari 1960

Tempat Lahir: Temerloh, Pahang

Pendidikan

Sarjana Muda Undang-Undang (LLB) Universiti Malaya (UM) (1980)

Tingkatan enam (6) di Jaya Akademik

Sekolah Menengah Teknik Kuantan, Pahang (1976)

Sekolah Menengah Air Putih, Kuantan, Pahang (1973)

Sekolah Kebangsaan Bangau, Pahang (1967)

Perkahwinan

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob mendirikan rumah tangga pada tahun 1986 bersama pasangannya iaitu Datin Sri Muhaini Zainal Abidin  

Hasil perkahwinan mempunyai 4 cahaya mata seorang anak perempuan dan 3 anak lelaki iaitu:-

  1. Nina Sabrina 
  2. Gadaffi lebih dikenali sebagai Dafi 
  3. Nashriq 
  4. Iqbal 

Kerjaya/Perkhidmatan

1985 - Peguam

1995 - 1999 - Setiausaha Politik kepada Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan

2008 - 2009 - Menteri Belia dan Sukan

9 April 2009 - 2013 - Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan

2013 - 2015 - Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani

2015 - 2018 - Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah

12 Mac 2020 - Menteri Kanan (Menteri Pertahanan), (Kluster Keselamatan)

7 Julai 2021 - Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Aktiviti/Kegiatan Luar/Lantikan Board of Director (BOD)

1987 - Ahli Majlis Daerah Temerloh

1996 - Ahli Majlis Perbandaran Temerloh

1995 - Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Pahang Tenggara (DARA) & Ahli Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia

1996 - Pengerusi Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil

Politik

1987 - Ahli Jawatankuasa UMNO bahagian Temerloh

1988 - Ketua Penerangan UMNO Bahagian Temerloh

1993 - Ketua Pergerakan Pemuda Bahagian

2001 - Timbalan Ketua Bahagian

2004 - Ketua UMNO Bahagian Temerloh  & Ahli Parlimen Bera, Pahang

Anugerah

Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) - Datuk (2004)

Darjah Gemilang Seri Melaka (DGSM) - Datuk Seri (2020)

Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) - Dato' (2005)

Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) - Dato' Sri (2008)

Seri Panglima Darjah Kinabalu (SPDK) - Datuk Seri Panglima (2020)

Sumber: Wikipedia & Internet