BlackPink Muncul Artis No 1 Dunia Paling Ramai Pengikut Di YouTube!

GAYA HIDUP
September 10, 2021 - 09:50 PM


Kumpulan sensasi K-Pop terkenal, BlackPink kini bergelar artis nombor satu di dunia dari segi jumlah pengikut di YouTube, dengan rekod 65.4 juta subscribers!

Kejayaan saluran YouTube kuartet sensasi dari Korea Selatan itu sekaligus berjaya menyingkirkan kedudukan penyanyi kelahiran Kanada, Justin Bieber sebelum ini yang mengungguli takhta berkenaan.

Memetik kenyataan YG Entertainment pada Jumaat berkata ini merupakan kejayaan yang sukar untuk dipercayai dan pencapaian luar biasa ini menjadi kenyataan dengan sokongan Blink (fandom BlackPink).

Tambah YG Entertainment, BlackPink telah mencipta jutaan pengikut selepas setiap kali melancarkan lagu-lagu baharu, dengan satu lagi pelancaran album solo debut, Lisa yang menjadi faktor kepada pertambahan pengikut.

Meskipun baru sahaja dilancarkan sekitar 9 jam lepas ketika artikel ini ditulis, muzik video terbaharu LISA - LALISA yang baru diupload di YouTube BlackPink telah mendapat 42 juta tontonan.

Rekod nombor satu dunia itu muncul selepas lima tahun tiga bulan sejak akaun YouTube kumpulan tersebut dibuka pada 28 Jun 2016.

Untuk rekod -- BlackPink yang dianggotai Lisa, Jennie, Jisoo dan Rose mempunyai 29 muzik video di YouTube yang masing-masing mempunyai lebih dari 100 juta tontonan, dengan jumlah tontonan untuk semua video hampir mencecah 20 bilion.

Sumber: Astro Awani

Destination: