Bukan Semua Mata Boleh Pakai Kanta Lekap? Ini Penjelasannya…

GAYA HIDUP
November 01, 2017 - 11:40 AM


Kanta lekap pada awal diperkenalkan berfungsi tidak lebih menggantikan cermin mata. Kalau siapa yang rimas dengan cermin mata, kanta lekap merupakan salah satu option yang ada. Kalau kita tengok sifat kanta lekap ni, ia tak ubah seperti kepingan plastic yang diletakkan di atas kornea mata.

Menurut Prof Madya Dr Bariah yang merupakan perunding optometris di UKM ini, tidak semua orang sesuai untuk gunakan kanta lekap. Malah ramai yang salah anggap bahawa kanta lekap itu hanyalah aksesori berbanding fungsinya yang sebenar.

Disebabkan permintaan yang tinggi, hari ini kita boleh tengok pelbagai jenama dan kanta lekap yang berwarna boleh didapai melalui online sahaja. Tanpa mengetahui keselamatannya.

Kanta lekap berwarna kini seakan-akan menjadi trend lagi-lagi di asia. Menurut prosedur yang betul, sepatutnya penjualan kanta lekap hanya boleh dijual oleh optometris yang bertauliah. Sebabnya, ada golongan yang sememangnya tidak sesuai menggunakan kanta lekap.

Antaranya mereka yang mempunyai penyakit ocular seperti glaukoma, katarak, mata kering, infeksi kornea dan sebagainya.

Walaupun pada dasarnya, kanta lekap ni boleh dipakai oleh semua golongan termasuklah bayi, tetapi… mereka harus dapatkan nasihat pakar optometris. Bukan boleh main pakai begitu sahaja. Sebabnya, risiko untuk mengalami masalah mata amat tinggi jika main hentam je.

Paling utama dalam penggunaan kanta lekap ini ialah ilmu tentang penggunaan kanta lekap itu sendiri. Ini kerana, pengguna kanta lekap haruslah mengutamakan aspek kebersihan. Bila sebut kebersihan ni, termasuklah tangan, kuku, bekas simpanan dana pa sahaja yang terbabit dengan penggunaan kanta lekap.

Kita semua tahu yang kanta lekap haruslah dicuci dengan larutan khas dan disimpan dalam bekas yang disediakan. Selain ia sebenarnya tidak boleh dipakai melebihi had yang ditetapkan, penggunaan ubat titis mata juga amat penting mengikut keperluan pengguna.

 

p/s : bagi yang baru nak mencuba memakai kanta lekap, rujuklah pakar optometris dahulu sebelum memakainya. Mata tu nak pakai lama… Jangan sebab nak jimat, beli yang murah, last-last, kena jangkitan mata… 

Sumber | HMetro Online