Casio 'Payung' Model Jam Untuk ‘Vintage Collection 2018’

GAYA HIDUP
August 27, 2018 - 02:40 PM


Teringat zaman sekolah dulu, siapa pakai casio ni memang boleh dikatakan ‘have-have’ la jugak. Lagi pulak kalau model yang ada kalkulator tu. Merecik! Waktu tu lah, circa 90-an.

Sekarang ni, trend pakai G-Shock pulak. Tapi, kalau tak ada yang lama, tak adelah yang baru kan? Casio baru-baru ni memperlihatkan beberapa model jam tangan vintaj yang pernah menjadi kegilaan muda-mudi dahulu.

Menariknya, design dia yang simple dan straightforward memang kekal relevan, sehinggalah hari ini. Didatangi dengan beberapa variasi warna, Casio juga masih mengekalkan strap logam.

Walaupun simple, model ini mempunyai pelbagai fungi yang agak up-to-date seperti calendar auto yang menunjukkan bulan, dan tarikh selain daripada penggera dan stopwatch. Jam ini juga mempunyai 100m water-resistance.

 

3 model mempunyai warna perak dan 2 model warna hitam dan material untuk model-model ini adalah stainless steel.

Dengar-dengar, jam ini akan dijual pada harga sekitar RM200+- sehingga RM280+- bergantung pada model. Buat masa ini, laman rasmi Casio belum mula menjual model-model ini, tapi segala spesifikasi dan harga dah ada.

Nak info lebih lanjut tentang One Piece ‘The Great Era of Piracy?

• Tekan link untuk tiket Promo Early Bird One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour

• Tekan link untuk Artikel Penuh One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour

• Tekan link untuk GIVEAWAY 20 Tiket One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour PERCUMA

• Dah bergambar dengan Giant Luffy? Ini 5 Lokasi Jelajah Giant Luffy! Tekan link untuk video