Coca – Cola Berperisa Kopi Produk Eksklusif Untuk Negara Jepun

MAKAN
September 14, 2017 - 04:26 PM


Best betul dekat Jepun ni. Snack dan minuman yang pelik – pelik mesti ada dekat sana. Kalau sebelum ni, ada cerita pasal perisa kit – kat yang best-best dekat sana. Kalini Coke pulak!

Baru – baru ini, Coca-Cola telah mengeluarkan Coca-Cola Coffee Plus, minuman dengan lima puluh peratus lebih kafein dan lima puluh peratus lebih sedikit kalori. Coke Kopi ini hanya terdapat ekslusif dekat Jepun. Dah la ekslusif untuk negara Jepun, lepas tu, hanya ekslusif untuk vending machine!

Jadi, minuman dalam tin ini, hanya boleh didapati dekat vending machine sahaja. Menerusi #cocacolacoffeeplus di insagram, kami dapati memang banyak gambar yang dikongsi oleh mereka dari Jepun.

Hurm, melepas lah kita yang dekat Malaysia ni.

Persoalan dia, sedap ke tidak coke kopi ni?

Menurut Shin-Shouhin, salah sebuah portal yang rajin review produk – produk berkaitan makanan atau minuman ini berkata “ia mempunyai aroma aneh, kerana ia tidak berbau seperti kopi atau soda ikonik. Walau bagaimanapun, ia rasa seperti Coke, sehingga ia turun dan anda ditinggalkan dengan aftertaste kopi”.

Difahamkan juga yang Coke ini didatangkan dengan tin 190ml dan dijual kira-kira USD 1.18 setiap tin. Lebih kurang 5 ringgit jugaklah kalau kita convert.

Agaknya, kalau Coca – Cola tu nak release dekat market Malaysia, mungkin harga dia normal macam sekarang. Tapi, mungkin jugak tak release.

 

Destination: 

Nak info lebih lanjut tentang One Piece ‘The Great Era of Piracy?

• Tekan link untuk tiket Promo Early Bird One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour

• Tekan link untuk Artikel Penuh One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour

• Tekan link untuk GIVEAWAY 20 Tiket One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour PERCUMA

• Dah bergambar dengan Giant Luffy? Ini 5 Lokasi Jelajah Giant Luffy! Tekan link untuk video