Hebat, Produk Brahim's Kini Boleh Dibeli Di Vending Machine Jepun!

TERKINI
November 06, 2019 - 12:49 PM


Siapa dekat sini yang kalau travel ke luar negara mesti wajib nak kena bawa produk makanan segera jenama Brahim's.

Disebabkan mungkin destinasi percutian korang tu susah betul nak jumpa tempat makan halal atau yang Mesra-Muslim, pek makanan dari Malaysia merupakan penyelamat ketika berada di negara orang.

Selain maggi, makanan yang paling laku keras dan menjadi pilihan mereka yang travel semestinya produk keluaran Brahim's yang ada pelbagai jenis daripada perencah segera hingga ke makanan sejuk beku.

Paling best bila ianya sangat mudah dan cepat untuk disediakan hanya dalam 15 minit sahaja!

Ini ada satu berita baik bagi korang yang melancong ke Jepun.

Disebabkan 'Negara Matahari Terbit' itu memang terkenal dengan kehadiran vending machine yang paling banyak di dunia dengan nisbah 4 vending machine untuk seorang rakyatnya -- maka lepas ni kalau korang nak tahu produk keluaran Brahim's juga bakal disertakan sekali.

Menerusi laman Facebook Japan Muslim Guide, vending machine halal pertama di Oita, Jepun turut meletakkan produk makanan Brahim's untuk jualan.

Jadi lepas ni, kalau korang nak beli makanan segera halal seperti mi cawan, kari, makanan ringan seperti biskut dan sebagainya boleh saja mendapatkannya di Takasakiyama Natural Zoological Garden.

P/S: Hebatlah Pak Brahim's berjaya tembus pasaran Jepun! 

 



 

Destination: