Dengar Cerita, PlayStation 5 Boleh Main Game PS1 / PS2, Betul Ke?

GAYA HIDUP
February 21, 2019 - 03:01 PM


Kira-kira dalam bulan Jun tahun lepas, ada beberapa gambar reka bentuk konsep PlayStaion 5 (PS5) yang terlepas di internet dan pada masa yang sama, keluar pulak cerita yang ia mungkin berada di pasaran pada awal 2020.

Namun, apabila ditanya tentang PS5, CEO Sony, John Kadera menidakkan perkara tersebut dengan info yang baru iaitu PS5 tidak akan keluar sehingga 2021!

Tapi kan, kalau tak ada angin, tak kan pokok bergoyang ye tak? Sebab apa yang berlaku dalam dunia ‘geek dan nerd’ sekarang ni banyak maklumat tentang leaks dan rumors pasal PlayStation 5 ni.

Mana taknya, Ace Securities menjangkakan PS5 mungkin dikeluarkan pada akhir tahun ini, Disember 2009 sebab nak keluar awal daripada pesaing diorang Xbox Two dan khabar angin ini ditambah pula dengan ketidak hadiran wakil daripada Sony untuk ke E3 2019.

E3 atau Electronic Entertainment Expo adalah expo terbesar dan premier untuk produk berkenaan komputer dan permainan video. Untuk tahun 2019, E3 akan berlangsung di Los Angeles paa 11 – 13 Jun 2019.

Bila tak ada wakil, memang nampak gayanya tiada produk baru dari Sony dan ramai warga Reddit berpendapat, Sony tengah memfokuskan untuk pembikinan PS5! Sekarang ni, apa yang bocor di Internet adalah spec PS5 yang dikhabarkan akan didatangkan dengan pemprosesan 8-core AMD Ryzen.

Tambah RuthenicCookie4 di Reddit, berkemungkinan PlayStation VR 2 akan didatangkan dengan built-in camera dan Move controller yang telah dinaiktaraf. Salah satu feature yang mungkin akan dimasukan kedalam PS5 adalah berkemungkinan besar konsol PS5 nanti boleh memainkan permainan video daripada versi terdahulu!

Sebelum ini, console PS4 tidak dapat memainkan game daripada console PS3 kerana architecture yang unik tapi ramai yang jangkakan PS5 akan adabackward compatibility.

Ini secara tak langsung supaya konsol PS5 dapat digunakan untuk permainan video daripada konsol-konsol sebelum ini. Kalau khabar angin ni betul, maknanya korang cari balik CD permainan lama PS1, PS2 korang. Cuma, grafik tak pasti macam mana...

Lagi satu, kita tak pasti sama ada Sony akan menamakan console terbaru mereka sebagai PS5 atau dijenamakan  dengan nama lain. Yang itu, kita kena tunggu update rasmi daripada Sony sendiri.

Daripada segi harga pula, katanya PS5 maybe akan dijual daripada harga USD500 ke USD650. So korang dah bolehlah start simpan duit dari sekarang!