Perempuan Rasa Lelaki Kurang Menarik Bila Ramai Kawan Perempuan, Betul Ke?

GAYA HIDUP
August 18, 2021 - 08:17 PM


Sekarang ni ramai orang mempersoalkan lelaki yang ada girl bestie, ok ke tak ok?

Ada yang beranggapan bahawa kalau lelaki ada ramai kawan perempuan, lebih senang untuk dorang dapatkan kekasih sebab lebih memahami situasi wanita, namun sebuah kajian yang dijalankan di Australian Monash University menyangkal pendapat tersebut. 

Menurut kajian, lelaki dikatakan 40% kurang menawan sekiranya mempunyai ramai kawan perempuan kerana perempuan bakal menganggap bahawa lelaki tersebut tidak eksklusif dan mempunyai 'banyak pilihan'.

Kajian yang dijalankan Ryan Anderson dan Cagla Tekin turut menekankan bahawa kaum adam yang mempunyai ramai kawan perempuan juga kurang bersifat rendah hati, bermaksud mereka sangat bangga akan fakta yang mereka mempunyai ramai kawan perempuan. 

Lelaki yang mempunyai ramai kawan perempuan juga sering melebih-lebihkan cerita, menimbulkan rasa sangsi dan sukar untuk dipercayai. 

Kajian tersebut dijalankan dengan meminta kaum wanita untuk memberikan 'kadar menawan' terhadap lelaki-lelaki berdasarkan profil mereka di media sosial dan beza antara jumlah kawan lelaki, dan juga perempuan. 

Kesemua lelaki tersebut adalah single, dan keputusan mendapati lelaki yang mendapat keputusan 'kadar menawan' paling rendah mempunyai lebih ramai kawan perempuan berbanding lelaki.