Dr. Soo Wincci Kongsi ‘Rahsia’ Turun 4Kg Dalam Seminggu





2019 ni, mesti ada yang tanamkan niat untuk kurangkan berat badan, betul tak? Kalau sebelum-sebelum ni pernah ada azam yang sama, tapi tak berjaya, cuba guna tips yang dikongsi oleh Dr. Soo Wincci ini.

Nama Soo Wincci bukanlah asing dalam dunia hiburan, ramai jugak yang menjadikannya idola disebabkan kejayaannya sehingga bergelar Doktor.

Dalam masa yang sama, ramai jugak tahu yang Soo Wincci ni memang seorang yang jaga pemakanan. Baru-baru ini, beliau kongsikan yang beliau amalkan menu diet detoks.

Katanya dalam seminggu, diet detoks ni berjaya membuatkan dirinya turun 3 hingga 4 kilogram seminggu.
 

Menerusi akaun Instagramnya, Soo Wincci ada kongsikan 5 jenis makanan yang boleh mengurangkan berat badan. Ini jugak yang beliau sendiri amalkan dan resipi yang diberikan ini hanya menggunakan bahan-bahan semulajadi, tak ada produk mahal-mahal.

Antara makanan untuk menu diet detoks adalah :

  1. Teh Kayu Manis + kunyit
  2. Kopi
  3. Telur rebus
  4. Chicpea (kacang kuda)
  5. Buah oren

Menurut Dr Soo Wincci, diet tersebut boleh dimakan dua hingga tiga kali sehari, cumanya dia minta JANGAN dibuat lebih daripada seminggu. Paling penting, tidur kena awal, dan tiada senaman diperlukan.

Apa-apa pun, suka kami nak ingatkan, setiap individu kesannya berlainan. Jadi, kalau rasa tak sesuai, atau mudarat, berhenti.

p/s: Bilangan makanan tu boleh ditambah, cuma syaratnya jangan ada gula, nak minum susu atau tambahkan herba, boleh. Nak tambah sayur pun takpe.

;