Nak Kuruskan Badan? Kalau Berani Cuba Lah Alat Yang Tutup Mulut Korang Menggunakan Magnet Ni
GAYA HIDUPDalam pandemik ni, min tahu ada 2 jenis orang. Satu, yang duduk rumah dan dah mula biasakan diri dengan rutin bersenam yang korang jaga setiap hari, jadi badan korang sekarang semakin sihat, dan dekat dengan bentuk badan ideal. Dua, yang pantang nampak makanan, terus rasa lapar, padahal baru makan. Betul tak?
Mungkin ada banyak perkara yang korang dah cuba untuk mulakan perjalanan ke bentuk badan ideal tersebut tapi banyak faktor yang menjadi halangan, min faham. Jadi, ini dia satu alat ciptaan dari New Zealand yang min tak tahu korang berani cuba atau tidak, tapi memang konfem dapat tolong korang kurangkan berat badan.
The University of Otaga bersama penyelidik dari UK telah mencipta satu alat untuk mengurangkan obesiti global yang menggunakan magnet. Alat yang diberi nama DentalSlim Diet Control itu diletakkan pada satu gigi atas korang, dan satu di bawah, dan ianya berfungsi dengan hanya membenarkan korang membuka mulut seluas 2mm, jadi korang hanya boleh makan, dan minum benda-benda yang berbentuk cecair.
Alat tersebut tidak akan menjejaskan perbualan, dan pernafasan. Bunyi macam kejam kan? Namun tujuan sebenar alat tersebut dicipta adalah untuk membantu mereka yang wajib menurunkan berat badan sebelum boleh melakukan sebarang pembedahan.
Bagi mereka yang memang ingin mencuba semata-mata untuk mengurangkan berat badan pula, alat tersebut hanya akan diberikan untuk jangka masa sementara bagi tujuan membentuk tabiat makan yang lebih sihat dan mengurangkan kadar kalori yang diambil setiap hari.
Mereka yang telah mencuba alat tersebut dapat mengurangkan purata berat 6kg dalam masa dua minggu dan merasa lebih bermotivasi untuk meneruskan perjalanan menguruskan berat badan kerana dapat melihat hasil dengan ketara.
Alat tersebut akan dipasang oleh doktor gigi, namun ianya boleh dicabut dan dipasang semula sendiri oleh pengguna dengan menggunakan alat tertentu. Macam mana, korang berani?