Drama Di Bazar Ramadan Yang Semua Orang Pernah Alami!
GAYA HIDUPAntara bulan yang dinanti-nantikan setiap tahun sudah semestinya bulan Ramadan. Satu bulan yang cukup istimewa di mana setiap muslim diwajibkan berpuasa dan berlumba-lumba melakukan amal ibadah. Selain dari merebut keberkatan Ramadan, ramai juga yang merindui suasana berbelanja di bazar Ramadan.
Memang terdapat pelbagai pilihan makanan mahupun minuman sehingga membuatkan kita jadi rambang mata, sukar untuk membuat pilihan. Selain dari menjadi medan utama untuk mencari juadah berbuka, kadangkala ada juga insiden mahupun kenangan yang tidak boleh dilupakan terjadi di bazar Ramadan.
Seorang TikToker @yazidamha memuat naik satu video di akaunnya dan memaparkan beberapa situasi atau drama yang mesti kita pernah alami ketika berada di bazar ramadan.
@yazidamha Every year different drama 😝 #ramadhan2023 #bazarramadan ♬ DJ Pulang Di Hari Raya Remix - DJ Nofin Asia
Antaranya adalah terpaksa berasak untuk membeli satu juadah, bertemu dengan sahabat yang sudah lama kita tidak berjumpa, terjumpa dengan TikToker dan yang paling perit bila bersua dengan kekasih lama! Di ruangan komen netizen bersetuju dan ramai boleh 'relate' dengan drama yang diselitkan pada video.
Apa-apa pun, satu pesanan mesra! Ramadan adalah satu bulan di mana kita cuba mengawal nafsu. Begitu juga dengan nafsu berbelanja, jadi berbelanjalah dengan cermat dan bijak. Elakkan pembaziran.
Sumber dan Kredit: @yazidamha (TikTok)