Guna Jualan Bulk di 99 Speedmart Lebih Mudah Dan Murah Secara Online

GAYA HIDUP
December 20, 2023 - 03:00 PM


Tahukan anda barang-barang di 99 Speedmart kini sudah boleh dibeli secara dalam talian? Tak perlu lagi nak curi masa atau risau tak ada transport lagi-lagi bila melibatkan pembelian secara pukal atau banyak sekaligus. 

Kadang-kadang agak leceh juga nak ke kedai untuk beli barang-barang keperluan, lepas tu nak kena cari parking lagi susah. Tambah pula mereka yang ada anak-anak kecil yang perlu diberi perhatian. Paling membantu matlamat nak beli barang tu tepat. Nanti nak beli barang lain sampai ke kedai terbeli pula barang lain dan terlebih bajet. 

Jom Beli Bulk Sekarang! Mudah dan Murah Online!

1. Pembelian Barangan Permintaan Tinggi Secara Pukal

Dengan inflasi yang agak meruncing, pastinya memberi kesan terutama kepada golongan B40 sehingga mereka memilih untuk membeli barangan keperluan harian rumah atau pejabat di kedai-kedai seperti 99 Speedmart. Harga yang ditawarkan jauh lebih murah dari pasaraya besar ataupun Mall di Malaysia. Kini barangan ini semua, anda boleh beli secara online sahaja pastinya lebih mudah dan murah dengan 99 Bulksales!

2. Harga Yang Berpatutan 

Bila melibatkan perbelanjaan, paling utama adalah harga murah! Melalui 99 Bulksales anda boleh dapatkan harga jauh lebih murah secara online dengan pembelian secara pukal. Ini boleh menjimatkan perbelanjaan bulanan keluarga anda. 

3. Proses Pesanan Yang Cepat

Berbanding penghantaran biasa, dengan 99 Bulksales barangan yang ditempah akan sampai lebih cepat kepada anda. Ini kerana pesanan akan dihantar kepada cawangan 99 Speedmart terdekat di kawasan anda. Menjimatkan masa dan kos! 

Pesanan yang dibuat sebelum 1PM akan disediakan dan dihantar pada hari perniagaan berikutnya, manakala pesanan selepas 1PM dikira sebagai pesanan keesokan hari dan penghantaran pada hari perniagaan berikutnya.

4 Cara Mudah Pesan Bulksales Secara Online

Semua pelanggan di Kuala Lumpur dan Selangor boleh membuat pesanan, dengan pesanan minimum ditetapkan sebanyak RM500 untuk proses seterusnya.

1. Cari & Beli

Pilih, simpan dan tambahkan barangan dalam ‘cart’ sehingga mencapai jumlah minimum ditetapkan.

2. Pilih Lokasi

Bagi lokasi anda atau pilih cawangan 99 Speedmart paling berdekatan dengan anda sekiranya perlu ambil sendiri.

3. Semak Keluar (Check-Out)

Sekiranya barangan yang dibeli menepati kriteria saiz yang ditetapkan, barangan akan dihantar terus ke lokasi anda secara PERCUMA atau sebaliknya anda perlu mengambil sendiri di cawangan berdekatan.

4. Tunggu Pesanan Anda Sampai

Selepas pesanan, tunggu untuk terima di lokasi anda atau ambil sendiri di cawangan berdekatan dengan hanya tunjuk ID pesanan anda. 

Mudah kan, tak payah nak habiskan masa untuk ke shopping mall atau pasaraya yang ramai orang. Nak kena beratur lagi, orang pula ramai, harga jauh berbeza. Dengan 99 Bulksales masa dan wang anda lebih selamat. 

Perlu diingatkan nilai minimum setiap satu pesanan RM500 dan ke atas baru boleh guna 99 Bulksales secara online. Anda juga layak dapat penghantaran percuma jika saiz pesanan melebihi 1 meter padu. 

Buat masa ini, perkhidmatan hanya ditawarkan sekitar Kuala Lumpur dan Selangor  sahaja. Sebarang maklumat terkini berkenaan pertambahan lokasi atau info sila layari laman sosial Facebook dan juga Instagram.

Website: www.99bulksales.my  

Facebook: https://www.facebook.com/99speedmartMY​

Instagram: https://www.instagram.com/99_speedmart/​

TikTok: https://www.tiktok.com/@99speedmart_my