Hey Korang! Perpustakaan Negara Ada Bagi Pinjam E-Book Secara Percuma, Tahu Tak?

GAYA HIDUP
May 30, 2019 - 11:54 AM


Satu fakta yang tak dapat disangkal adalah rakyat Malaysia adalah yang paling sikit membaca, malah budaya membaca itu sendiri susah nak dipupuk. Namun, adalah sangat mengejutkan bila kaji selidik yang sama turut mendedahkan yang rakyat Malaysia ni suka membeli buku!

Suka beli sahaja, tapi tak suka membaca. Sekurang-kurangnya itulah keputusan survey yang dijalankan oleh Picodi, melibatkan 7,800 orang di 41 buah negara termasuk Malaysia.

Menurut ranking, Malaysia tidak berada dalam top 10 pun dari segi membaca. Tapi, menduduki nombor 6 dalam kalangan mereka yang gemar membeli buku.

Jom Semarakkan Budaya Membaca!

Kami terjumpa satu perkongsian di FB oleh Jumie Mumie berkenaan E-BOOK PERCUMA dan AUDIOBOOK PERCUMA yang diberikan oleh Perpustakaan Negara Malaysia.

Dikenali sebagai Libby – aplikasi ini memberikan akses kepada ebook kepunyaan Perpustakaan Negara Malaysia ini mempunyai sehingga 14 ribu buah buku ( dalam bentuk ebook) untuk dipinjam dan ianya SECARA PERCUMA!

Koleksi eBook dan buku audio ni selain boleh digunakan di Libby, boleh juga direct di laman web Perpustakaan Negara Malaysia.

Buat masa ini, korang boleh mendaftar masuk menggunakan nombor kad perpustakaan yang telah sedia ada, masukkan pnm001 ke pnm999, atau eb001 ke eb999 dan tiada kata laluan diperlukan.

Tetapi cara ini adalah tidak sihat kerana daftar masuk ini akan dikongsi bersama orang lain dan terdapat had pinjaman 10 buku untuk setiap kad.

Kalau korang minat nak pinjam buku; jom ikuti langkah-langkah mudah pinjam ebook Perpustakaan Negara Malaysia ni :

#1. Klik sini untuk ke laman web Perpustakaan Negara.

 

#2. Mula mencari buku yang berkenan dihati, nak mudah – pergi ke bahagian “collection” dan cari “ Most Popular ebook”.

#3. Dah jumpa buku yang hendak dibaca, klik BORROW.

#4. Korang akan dibawa ke page ini :

Jangan panik, di drop dwon menu sebelah kiri, pilih Library Card Number. Buat masa ini, korang boleh masukkan pnm001 hingga pnm999 atau eb001 hingga eb999. Untuk setiap nombor kad, korang boleh pinjam sehingga 10 judul buku.

#5. Website kendian akan redirect korang ke page yang korang pilih buku tadi, kendian korang boleh conrifmkan pinjaman korang tu.

#6.Korang boleh pilih untuk DOWNLOAD, atau baca direct.

#7.Untuk setiap tajuk / buku, korang boleh pinjam sehingga 7 hari, nak pulang awal pun boleh kalau dah habis baca.

Menarik kan? Terima kasihlah dekat Jumie Mumie sebab kongsi pasal benda cool ni. Sekurangnya, raya nanti bolehlah mula. Hehe =D