Pokok Mati Walaupun Selalu Di Siram? Ketahui 5 Punca Ianya Terjadi

GAYA HIDUP
June 30, 2021 - 06:32 PM


Dengan sekarang kita semua duduk di rumah disebabkan pandemik, semestinya korang pasang niat nak buat hobi baru seperti menanam pokok. Tapi pernah terfikir kenapa kalau tanam pokok akan mati dengan mudah?

Jawapan yang biasa kita dengar ialah pokok itu tak cukup nutrien atau memang dah nak mati sebab dah tua. Sebenarnya itulah silap kita apabila ingin melakukan suatu perkara tanpa mengambil berat penjagaannya.

Terdapat beberapa sebab yang membuatkan tanaman mudah mati. Berikut adalah lima alasan utama yang perlu diberikan perhatian.

1. Terlalu banyak air

Tabiat kerap menyiram air pada tanaman adalah kesalahan biasa dilakukan kerana ramai menyangka ia adalah elemen paling penting bagi memastikan ia tumbuh dengan cepat.

Sebenarnya, sesuatu tanaman akan menunjukkan tanda-tanda ia memerlukan air seperti daunnya menguning atau layu. Jangan siram pokok dengan air yang banyak beberapa kali sehari.

2. Sistem saliran

Menyiram pokok dan sistem saliran sangat penting dan sekiranya tanaman yang ditanam dalam pasu tidak mempunyai lubang untuk air mengalir ia boleh menyebabkan pokok menyerap air secara berlebihan.

Bagi memastikan sistem saliran pasu berada dalam keadaan baik, periksa bahagian bawah pasu selepas menyiram pokok, sekiranya terdaapt air mengalir keluar, itu bermaksud pasu berfungsi dengan baik.

Jika sebaliknya yang berlaku, itu bermaksud pasu tersumbat atau akar pokok telah melindungi bahagian lubang pasu bagi membolehkan air mengalir keluar.

3. Pasu mainkan peranan

Kematian tanaman anda juga boleh disebabkan oleh tanaman tidak dipindahkan ke dalam pasu yang lebih besar sesuai dengan tumbesarannya.

Jika tidak berbuat demikian, akar tanaman boleh berselirat dan tidak dapat menerima nutrisi yang cukup daripada tanah. Bagi mengelakkan perkara itu berlaku, pindahkan tanaman anda dalam pasu lebih besar.

4. Tidak cukup air

Tidak cukup air juga boleh menjadi penyebab tanaman anda tidak dapat hidup. Jadi pastikan tanaman di siram secara berkala agar ia dapat membesar dengan sihat.

5. Kurang atau terlebih baja

Kekurangan atau terlebih baja boleh menyebabkan tanaman mati. Jika kurang, tanaman boleh jadi terbantut dan akhirnya mati.

Apabila terlebih, tanaman juga boleh bermasalah seperti daun menjadi kuning, layu. Seperti mana menyiramnya dengan air, baja juga perlu diberi secara berkala dan mengikut kesesuaian tanaman.

P/S: Menjadikan tanam pokok sebagai satu hobi adalah perkara yang mulia, tetapi jangan pernah sesekali menidakkan penjagaannya. Tatap lah pokok seperti anak sendiri, tak lebih tak kurang.

Sumber: mStar