Indah Khabar Dari Rupa, Pengunjung Hampa Cameron Flora Park 'Layu'

GAYA HIDUP
December 10, 2021 - 12:02 PM


Rata-rata semua rakyat Malayia masih lagi dalam mood untuk bercuti ke pelbagai lokasi yang menjadi tarikan, baik yang lama ataupun yang baru. Apatah lagi di zaman sosial media ni kan, apabila sesuatu tempat atau perkara itu viral pasti mendapat perhatian netizen dengan cepat dan ramai.

Setelah menjadi bualan ramai akibat viral di sosial media, salah satu tarikan terbaru di Cameron Highlands iaitu Cameron Flora berjaya menarik minat para pengunjung yang ingin menikmati keindahan bunga dan panorama yang memukau di sana. 

Namun, baru-baru ini seorang pengunjung meluahkan rasa hampanya apabila berkunjung di sana. Beliau berkongsi beberapa keping gambar di Twitter menunjukkan keadaan semasa berada di Cameron Flora Park. Jelas kelihatan beberapa sudut yang layu dan tidak enak dipandang.

Kapsyen di twitternya jelas menunjukkan betapa kecewanya dia ketika mengunjungi tempat berkenaan yang sebelum ini mendapat perhatian kerana kecantikan pelbagai jenis bunga yang memenuhi di setiap sudut permandangan

Difahamkan, tempat tersebut mempunyai 2 bahagian ‘pameran’ bunga iaitu bahagian luaran dan dalaman. Menerusi perkongsian Zack lagi, walaupun keadaan bunga di luar tidak menarik selain ada yang mati dan kering, bunga-bunga di bahagian dalam kawasan tersebut masih dalam keadaan baik tetapi tidak banyak variasi.

 
Destination: