Ini 19 Barangan Penting Perlu Dibawa Ke Hospital, Jika Anda Jadi Pesakit Covid
GAYA HIDUPBerdepan dengan situasi emosi dalam kebimbangan dan bersedih apabila disahkan positif COVID-19, pastinya membuatkan ada yang berasa buntu dan tidak tahu untuk berbuat apa.
Apatah lagi tiba-tiba dimaklumkan akan dijemput oleh ambulans dalam masa terdekat, tentu kalut hingga terlupa dan terlepas pandang tentang kelengkapan serta peralatan yang perlu dibawa sepanjang menjalani tempoh rawatan di hospital. Entah kan lama atau sekejap berada di sana. Kita pun tidak tahu.
Jadi untuk memudahkan anda mahupun waris, bolehlah ikut seperti yang disenaraikan ini agar tidak ada barangan penting yang tertinggal.
Ini memandangkan selepas dibawa ke hospital, pesakit tidak dapat meminta waris datang ke hospital untuk membawa barangan keperluan dengan mudah.
Jadi jom kita tengok apa senarai barangan penting yang perlu dibawa dan dimasukkan siap-siap ke dalam beg anda nanti :-
1. MyKad (Kad bank tidak perlu)
2. Wang tunai dalam jumlah yang sedikit.
3. Pergi pakai selipar.
4. Masa pergi pakai T-Shirt sahaja.
5. Bawa juga baju panas jenis kain cotton.
6. Satu persalinan baju discharge nanti. 2-3 set pakaian. Tidak perlu baju banyak-banyak. Nanti kena pakai pakaian pesakit hospital. Tidak akan dapat cuci atau jemur pakaian pun di wad.
7. Alat mandian, sabun, berus gigi dan sebagainya
8. Tuala.
9. Kain pelikat dan sejadah bagi yang Islam.
10. Telefon dan alat pengecas bateri.
11. Fon telinga (Jangan pakai jam dan barang hiasan seperti rantai emas. Seandainya anda meninggal dunia. Kemungkinan barangan selain perkara 1. 2. 10. dan 11 sahaja akan dikembalikan)
12. Bawalah beg baju yang kecil, bukan beg travel.
13. Bimbang proses untuk masuk wad di hospital mengambil masa agak lama, jadi jangan lupa bawa sedikit makanan ringan seperti roti dan air mineral.
14. Bawa botol air, termos, cawan dan sudu. Kalau kerap makan, bawalah minuman 3 in 1 dan biskut-biskut.
15. Tulis atas kertas nama-nama pewaris yang lain, selain yang telah direkodkan untuk diberi kepada petugas barisan hadapan setelah masuk dalam ward. Untuk orang tua atau kanak-kanak, lekatkan pelekat yang tertulis nama dan nombor telefon anak/waris, ibubapa pada beg mereka.
16. Ubatan yang diambil jika ada. Minyak angin, minyak sapu jika mahu. Segala supplemen yang wajib dimakan, bawalah. Ambil gambar siap-siap senarai ubatan, dos dan kekerapannya.(Sebarang penghantaran barangan selepas masuk wad hospital tidak dibenarkan)
17. Pampers dan tisu basah bagi pesakit yang strok/tidak bermaya/tua. Gigi palsu orang tua bawa juga nanti tidak dapat makan. Jangan lupa bawa cermin mata/walker/tongkat jika perlu.
(Sila terangkan pada orang tua, tiada pelawat dibenarkan) Sebaiknya ajarlah gunakan telefon pintar, cara gunakan WhatsApp dan panggilan video.
18. Seluar dalam pakai buang jika perlu. Tuala wanita jika perlu.
19. Beberapa buku untuk dibaca jika boleh membaca untuk menghilangkan bosan. (Ramai pesakit bawa buku silang kata, crossword, sudoku dan buku bacaan agama.
Akhir kata, semoga senarai barangan ini membantu kelancaran proses penyembuhan anda daripada Covid-19. Semoga selamat sihat dan kembali ke rumah dengan segera.
Sumber: Keluarga