Ini Makanan Thailand Yang Kita Selalu Jumpa Tapi Tak Berani Untuk Makan

MAKAN-MAKAN
August 09, 2017 - 01:48 PM


Makanan Thai memang tak di nafikan antara makanan yang kena dengan selera orang kita. Sebab itulah restoren Thai berlambak ada di Malaysia. Namun untuk merasa makanan thai yang betul-betul ada rasa thailand agak sukar nak cari sebenarnya.

Jika nak rasa boleh cuba di Streat Thai @ Jaya One. Bolehlah sekadar untuk layan pengubat rindu masakan Thai.

Kalau betul-betul nak rasa yang kaw punya thai boleh je melawat negara jiran tu. Baru-baru ni kami di rileklah sempat menerjah salah satu Night Market di Phuket Town. Rugi katanya kalau ke Phuket tapi tak merasa sendiri makanan kat sana.

Jadi Nigh Market yang kami terjah adalah Chillva Market. Lebih kurang 45 minit dengan tuk tuk dari Patong. 

Makanan kat sini memang menarik selera kami untuk sesi menternak lemak. Nampak semua sedap. rasa nak beli semua lah. Makanan halal pun banyak je kat sini.

Sedang menjamu mata dengan makanan thai kami terjumpa antara makanan yang famous di Thailand tapi kebanyakkan kita tak berani nak makan. Mungkin ada yang pernah makan? Tapi bagi kami cukuplah mata yang menjamu selera dengan hidangan ini. 

Jom tengok apa hidangan yang susah sangat nak masuk tekak orang kita..

Haaa... tu diaaa.. ada ke yang sanggup makan? Kalau belalang tu mungkin tak jadi hal. boleh kunyah sampai layan movie. Yang lain-lain tu geli bulu tekak...

;