Ini Perbezaan Antara Wakaf Dan Zakat Yang Selalu Orang Ramai Keliru...

GAYA HIDUP
April 02, 2018 - 12:20 AM


Wakaf dan Zakat merupakan ibadah yang berkaitan dengan harta. Dalam Islam, ibadah berkaitan dengan harta ini sangat di tuntut bahkan di dalam Al-Quran, terdapat kira-kira 160 ayat yang menceritakan dan menyentuh berkenaan dengan harta.

Secara tidak langsung, ini menggambarkan betapa pentingnya bagi seseorang muslim itu untuk menguruskan hartanya dengan baik serta digunakan ke jalan yang di redhai Allah S.W.T. Bila bercakap tentang harta, kebiasaannya kita selalu mendengar tentang wakaf, zakat sedekah dan sebagainya.

Sebenarnya, masih ramai yang terkeliru tentang sedekah, zakat dan wakaf. Sedekah itu ada yang berupa wajib seperti zakat harta, zakat fitrah dan sebagainya manakala sedekah sunat itu pula ialah seperti wakaf, hadiah, hibah dan sebagainya.

Jika kita lihat dari maksud zakat dan wakaf ini pula :

Sedekah ialah amalan menyerahkan apa-apa bentuk harta benda kepada golongan fakir, miskin, anak yatim atau orang yang berhajat dengan ikhlas kerana Allah S.W.T tanpa mengharapkan balasan dan pemberi sedekah akan mendapat ganjaran pahala daripada Allah S.W.T

Dari segi syarak; Zakat adalah mengeluarkan harta tertentu dengan kadar tertentu mengikut syarat-syarat tertentu untuk diagihkan kepada golongan tertentu.

manakala;

Wakaf pula adalah amalan menyerahkan harta yang boleh dinikmati manfaat atau faedahnya untuk kegunaan umum masyarakat dengan tujuan mendekatkan diri kepada Allah S.W.T dengan syarat-syarat yang tertentu.

Gambar Sebagai Contoh Tanah Wakaf

Baca perkataan terakhir ayat sebelum ini, iaitu dengan syarat-syarat tertentu.Ya, yang ini kebanyakan orang terlepas pandang dan ada yang terkeliru.

Ini adalah syarat-syarat wakaf :

1) Harta yang diwakafkan hendaklah berbentuk kekal sifatnya

2) Harta yang diwakafkan tidak boleh dijual, diwarisi, ditarikbalik dan diwasiatkan kerana ia menjadi milik Allah S.W.T buat selama-lamanya

3) Ganjaran pahala pewakaf akan mengalir dan berkekalan selagi harta yang diwakaf boleh diambil manfaatnya

4) Para fuqaha’ berpendapat bahawa wakaf adalah satu-satunya bentuk sedekah yang berbentuk jariah (berkekalan) kerana konsep wakaf adalah berkekalan sifatnya

 

Untuk anda yang berhajat nak berwakaf tapi anda risau atau meragui kesahihan sesuatu organisasi tersebut, anda boleh ke Bank Muamalat dan tanya kepada mereka berkenaan Wakaf Muamalat

Selain daripada organisasi yang dipercayai, urusan Waqaf bersama Bank Muamalat ini boleh dilakukan melalui :

  • Kaunter
  • Hibah atau keuntungan daripada akaun semasa atau simpanan BMMB 
  • Arahan pembayaran berkala (PPI)
  • Tunai
  • Debit daripada akaun simpanan atau semasa
  • Cek dalaman/ tempatan

 

Selain itu, untuk menjamin ketelusan di dalam pengurusan dana wakaf, perkhidmatan WSM ini dipantau oleh 2 badan berautoriti dalam bidang pengauditan :

  • Jabatan Audit Dalaman Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)
  • Jabatan Audit Dalaman Bank Muamalat Malaysia Berhad

Bank Muamalat juga menjalinkan kerjasama dengan perbadanan yang menguruskan wakaf di 3 negeri iaitu 

SELANGOR

Wakaf Selangor-Muamalat merupakan jalinan kerjasama antara Perbadanan Wakaf Selangor dan Bank Muamalat Malaysia Berhad bagi menguruskan dana wakaf secara bersama melalui pembentukan Jawatankuasa Pengurusan Bersama (JPB).

NEGERI SEMBILAN : 

Wakaf Negeri Sembilan Muamalat (WNSM) merupakan jalinan kerjasama antara Perbadanan Wakaf Negeri Sembilan dan Bank Muamalat Malaysia Berhad bagi mengutip dan menguruskan dana Wakaf secara bersama melalui pembentukan Jawatankuasa Pengurusan Bersama (JPB).

KELANTAN :

Wakaf MAIK Muamalat (WMM) merupakan jalinan kerjasama antara Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) dan Bank Muamalat Malaysia Berhad bagi mengutip dan menguruskan dana Wakaf secara bersama melalui pembentukan Jawatankuasa Pengurusan Bersama (JPB).

Segala sumbangan derma akan diberi pelepasan Cukai Pendapatan di bawah Seksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967 (No. Rujukan LHDN.01/35/42/51/179-6/5621) (No. Warta Kerajaan 14369 bertarikh 27.07.2004) iaitu untuk individu sebanyak 7% dan 10% untuk syarikat. 

Diharap artikel ini dapat memberikan sedikit sebanyak penjelasan tentang perbezaan antara wakaf dan zakat.

Sekiranya ada antara anda yang berhajat untuk berwakaf selepas membaca artikel ini, Alhamdulillah, teruskan. Layari laman web Bank Muamalat untuk mengetahui tentang program Wakaf yang disediakan oleh mereka.