Ini Senarai 156 PPV 'Walk-In' Untuk Remaja Yang Belum Dapat Temujanji
GAYA HIDUPMulai esok (23 September) -- pemberian vaksin untuk remaja (PICK-Remaja) secara walk-in atau jumpa terus akan dilaksanakan di 156 pusat pemberian vaksin (PPV) seluruh negara melibatkan semua kategori remaja termasuk yang tidak bersekolah.
Timbalan Menteri Kesihatan I, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali dalam satu kenyataan memaklumkan, pemberian vaksin itu mengikut lokasi sekolah berhampiran dengan PPV yang dikenal pasti.
Remaja yang tidak bersekolah dibenarkan walk-in di PPV yang berdekatan dengan tempat tinggal dan jadual pemberian vaksin akan dikeluarkan pihak sekolah masing-masing kepada remaja dan ibu bapa.
Bagi remaja yang telah mendapat tarikh vaksinasi di PPV Sekolah, kumpulan pelajar ini perlu mengekalkan janji temu sedia ada di PPV sekolah yang ditetapkan dan tidak dibenarkan walk-in ke PPV Awam atau Integrasi.
Bagaimanapun sekiranya kuota vaksin di PPV tersebut telah habis untuk hari tersebut, mereka akan diberi janji temu di PPV yang sama pada keesokan hari atau di klinik kesihatan swasta berdekatan.
Remaja yang menuntut di IPTA/ IPTS yang berumur di bawah 18 tahun dibenarkan walk-in ke semua PPV yang masih beroperasi pada ketika ini dengan menunjukkan pengenalan diri sebagai IPTA/IPTS.
Dalam pada itu katanya, ibu bapa atau penjaga perlu hadir bersama untuk menandatangani borang kebenaran vaksinasi mereka.
Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) Remaja dimulakan secara rasmi pada Isnin dan menyasarkan 3.2 juta golongan remaja berusia 12 hingga 17 tahun.
Berikut adalah senarai PPV Remaja yang sedia beroperasi pada Khamis ini:
Sumber: Twitter KKM