Internet Explorer Bakal Bersara Pada Tahun 2022

GAYA HIDUP
May 21, 2021 - 04:03 PM


Microsoft baru-baru ini telah mengumumkan bahawa mereka akan menghentikan semua update dan support untuk Internet Explorer pada 15 Jun 2022 akan datang. 

Bakal menggantikan Internet Explorer adalah Microsoft Edge di Windows 10. Ini kerana fungsi Microsoft Edge jauh lebih bagus dan canggih berbanding dengan Internet Explorer. 

"Microsoft Edge bukan sahaja lebih pantas, ia juga lebih selamat dan moden dari Internet Explorer" Kata Microsoft.

"Ia juga turut mengenal pasti dan menyelesaikan masalah compatibility untuk aplikasi dan laman web yang lama" 

Manakala laman web yang menggunakan fungsi Internet Explorer pula dijangkakan akan berfungsi melalui Microsoft Edge sehingga tahun 2029.

Ini kerana, masih banyak syarikat di luar sana yang menggunakan laman web rasmi syarikat mereka menggunakan ciri-ciri dari Internet Explorer. Jadi 8 tahun adalah masa agak panjang untuk mengemaskini laman web mereka.

Menurut kajian, kebanyakan pengguna internet menggunakan Google Chrome pada 65% dalam pasaran. Manakala Safari (browser Apple) pula di tempat kedua pada 19%.

Untuk Firefox dan Microsoft Edge pula pada 3.59% dan 3.39% pengguna. Apa pandangan korang mengenai berita ini? Rasa sedih pun ada lebih-lebih lagi kita yang sempat merasai Internet Explorer pada awal penggunaan internet zaman dahulu. 

 

Sumber: The Star