4 Peranti Microsoft Yang Korang Wajib Ada Untuk Tingkatkan Prestasi Bekerja Dari Rumah

GAYA HIDUP
May 27, 2021 - 12:38 PM


Tatkala kes tengah mencanak naik pada angka yang meningkat beribu-ribu setiap hari ni, min sendiri pun takut nak ke sana, dan ke sini, dan min percaya yang kebanyakan daripada kita dah bermula bekerja dari rumah. Walaupun bukan semua orang beruntung untuk ada satu ruang kondusif yang dikhaskan untuk bekerja, dan kadang-kadang mesti korang rasa terganggu pada waktu kerja, dan berharap dengan cepat kita dapat kembali ke pejabat kan? 

Selain ruang yang kondusif dan khas untuk bekerja, peralatan dan peranti pun merain peranan yang penting untuk memastikan kerja korang berjalan dengan lancar, dan yang paling penting sekali korang perlu bersedia untuk masuk mesyuarat dalam talian dalam keadaan yang ready supaya korang tak tertinggal perkara-perkara yang penting dalam satu-satu mesyuarat. 

Ini dia 4 peranti yang dapat membantu korang bekerja dari rumah daripada Microsoft: 

1. Surface Laptop 4 

Kalau korang dah biasa dengan dunia teknologi, mesti korang tahu yang komputer riba Microsoft Surface adalah antara komputer riba yang boleh dipercayai dan berkualiti selain mempunyai reka bentuk yang elegan dan tampak mahal. Surface Laptop 4 mengekalkan reka bentuk ikonik dari varian sebelum ini tapi kini menyediakan paparan skrin sentuh berkontras tinggi 3:2 PixelSense yang tersendiri bagi model 13.5” atau 15”, 
dan juga speaker Dolby® Atmos™ Omnisonic. Dengan itu, selain korang boleh mendengar perbualan di dalam mesyuarat dengan jelas, korang juga boleh tengok movie pada waktu lapang dengan sistem bunyi macam dalam panggung wayang! 

Komputer riba ini sendiri dilengkapi dengan kamera HD menghadap depan dengan keupayaan luar biasa dalam cahaya rendah dan susun mikrofon studio yang akan meningkatkan prestasi mesyuarat dalam talian korang. Selain itu, trackpad yang tersedia pada Microsoft Surface Laptop 4 adalah besar dengan ciri-ciri gesture support memberikan korang keupayaan penuh untuk mengawal aliran kerja korang. 
 
Disediakan dengan pemproses Intel® Core™ Generasi Ke-11 atau pemproses mudah alih AMD Ryzen™ 
dengan Radeon™ Graphics Microsoft Surface® Edition (8 teras), korang akan diperkasakan untuk kegunaan yang menyeluruh seperti di pejabat, ruang tamu, kedai kopi, ataupun untuk pelajar di dalam kelas. 

Peranti ini datang dengan 2 saiz iaitu 13.5 inci, dan 15 inci dalam warna Alcantara (Platinum) atau kemasan logam (Hitam dan Platinum) untuk model terpilih. Bermula dengan harga RM4,599. 

2. Microsoft Modern USB & Wireless Headsets 

Set kepala Modern Headset dari Microsoft diperakui untuk Microsoft Teams, membolehkan korang meningkatkan kecekapan dalam mesyuarat dalam talian. Set kepala ini datang dengan butang khas untuk menjawab panggilan Teams dan butang mute fizikal dengan petunjuk senyap LED. 

Set kepala tersebut akan dibekalkan mulai Jun pada harga RM239.80, dan set kepala tanpa wayar 
akan mula dibekalkan mulai September pada harga RM508.00.  

3. Modern Webcam Microsoft 

Kalau korang tak tahu, ada kajian yang dijalankan dan mendapati bahawa kalau satu-satu mesyuarat dalam talian memerlukan perserta untuk menunjukkan muka, produktiviti staf di dalam mesyuarat juga akan meningkatkan, jadi kalau kata korang diperlukan untuk menunjukkan muka, mesti korang nak kamera yang terbaik kan? 

Kamera web Modern Webcam Microsoft boleh disambungkan dengan mudah kepada skrin, laptop atau tripod dan mampu membawakan video 1080p, HDR, dan medan pandangan 78° yang dioptimumkan untuk mesyuarat. Antara ciri lain termasuk True Look yang mampu memastikan penampilan terbaik pengguna dengan keseimbangan putih automatik, pelarasan cahaya automatik dan pengemasan wajah.  

Korang juga tak perlu nak tutup webcam dengan pelekat sebab ianya disediakan dengan petunjuk LED yang boleh dibuka dan ditutup oleh pengguna mengikut kehendak korang sendiri. Kamera ini bermula dengan harga RM318.

4. Modern USB-C Speaker Microsoft 

Sama dengan Modern USB Headset, pembesar suara ini turut diperakui oleh Microsoft Teams, selain mempunyai kualiti audio yang bermutu tinggi untuk mesyuarat, penggilan harian, dan mendengar muzik untuk waktu kerja yang lebih santai. 

Reka bentuknya yang padat juga memberikan korang peluang untuk mempunyai ruang kerja yang lebih ringkas dan selesa, dan ianya cukup kecil untuk dibawa ke mana saja korang pergi. Pembesar suara ini akan dibekalkan ke Malaysia mulai Ogos, pada harga RM508.