Ketahui Punca Korang Susah Untuk Tidur Selepas Penat Work From Home'

GAYA HIDUP
August 06, 2021 - 04:43 PM


Malas sangat sampai rasa pening kepala, kerja banyak pulak tak habis!!

Bukan perkara yang mudah apabila kita mula bekerja dari rumah kerana kita perlu menjadi lebih fokus terhadap tanggungjawab dan berdisiplin lebih ketika di rumah. Buat mereka yang tinggal di rumah bujang, mudah untuk mereka kerana tiada gangguan ahli keluarga atau sesiapa sahaja. 

Senario boleh berlaku jika bekerja dan tinggal bersama keluarga. Kadang-kadang ahli keluarga kurang faham dan erti bila kita harus bekerja dari rumah. Dan salah satu punca dari gangguan itu boleh menyebabkan waktu tidur yang mungkin tidak menentu. 

Jika korang menghadapi masalah seperti simptom tidak boleh tidur, ini antara punca yang menyebak=bkan ianya berlaku.

1. Badan masih penat selepas bangun tidur 

Waktu tidur adalah waktu untuk badan dan otak berehat. Tetapi jika bangun dari tidur masih berasa letih bermakna tidur masih tidak cukup. tukar jadual tidur yang sesuai dengan badan dan jangan tidur berlebihan waktu.

2. Masalah untuk beri perhatian 

Jika bekerja dari rumah namun korang tidak dapat tumpu pada tugas yang diberikan boleh jejas keadaan. Lebih merisaukan bila berpeluh dingin dan sukar untuk fokus sepenuhnya dengan kerja-kerja yang ada. Cuba untuk berehat dahulu dalam beberapa ini dan tidur 'nap' seketika.

3. Set alarm lebih dari satu 

Jika korang selalu pasang 'alarm' lebih dari satu, itu sebenarnya punca badan berasa malas sebab otak dah set untuk bangun lambat. Badan boleh bangun dengan sendiri automatik apabila anda mahu bangun pada waktu diingini. Cuba melatih badan untuk bangun pada waktu yang sama setiap hari dengan syrat tidur dalam jumlah masa mencukupi.

4. Tidak boleh hidup tanpa kafein

Oleh keran mngeantuk korang pasti cari kopi atau air redbull sebagai 'wake up call'. Kopi boleh diminum tetapi tidak boleh sebagai harian diet. Ianya akan buat diri anda lebih segar hingga tidak boleh tidur malam. Cuba tukar kepada air masak apabila anda bangun dari tidur. 

5. Tidak oleh buat banyak aktiviti dalam sehari

Salah satu punca kurang tidur adalah kehilangan semangat untuk melakukan apa sahaja aktiviti. Jika badan sudah penat sememangnya korang tak dapat buat banyak perkara. Jangan sampai nak turun dah boleh buat badan anda rasa penat, itu salah satu kelemahan otak dan badan. Cuba balance kan tidur dahulu.

Sumber: Maskulin