iPhone X Adalah Produk Yang Gagal? Ini Penjelasan Pakar Analisa Apple





Kali terakhir produk Apple dihentikan pengeluarannya ialah untuk model iPhone 5c dan nampaknya iPhone X yang dilabel sebagai generasi pertama Apple yang paling mahal ini tidak akan diteruskan.

Jika anda masih berkira-kira nak dapatkan model berkenaan, lupakanlah. Ataupun, baik tunggu sekejap, mugkin harganya akan jatuh. (Mungkin jugak tidak)

Menurut AppleInsider, penganalisa daripada KGI Securities menjangkakan Apple akan menghentikan pengeluaran generasi pertama iPhone X ini seawal musim panas nanti atas sebab tidak mendapat sambutan serta jualan yang tidak mencapai sasaran.

 

Kalau ini berlaku, ia bukanlah kali pertama untuk Apple. Sebelum ini, salah satu produk mereka iaitu iPhone 5C juga dihentikan pengeluarannya pada tahun 2014.

Walaupun cuba hadir dengan warna yang ceria untuk menepati citarasa golongan muda, malangnya produk tersebut tidak mendapat sambutan yang dijangkakan.

 

Tapi, pada kami lah kan, sebenarnya bukan tiada yang minat pada iPhone X ni, mungkin harga yang diletakkan adalah terlalu tinggi. Namun, belum sampai setahun nak diberhentikan pengeluarannya itu agak mengejutkan.

Bukan apa, design, kualiti serta prestasi iPhone X ni memang power kot!

 

p/s: dengar cerita sebenarnya diorang nak keluarkan phone baru yang spec lebih kurang sama dengan harga lagi murah. Mungkin sebab tu lah kot diorang nak stop iPhone X.

Kata je tak ada sambutan, orang beratur jugak nak dapatkan iPhone X. Tengok prank ni sudah la, kedai 'palsu' pun orang masuk... 

 

Sumber : Apple Insider

;