"Isteri Pemilik Kantung Susu, Tapi Suami Adalah 'Tuan' Susu" - Penjelasan Ustaz Azhar Idrus Tentang Hukum Suami Minum Susu Isteri
GAYA HIDUP'Tidak haram dan perbuatan itu dibenarkan'
Itu penjelasan penceramah selebriti terkenal, Ustaz Azhar Idrus mengenai hukum sama ada seorang suami dibenarkan atau tidak untuk meminum susu isterinya selepas melahirkan anak.
Menurutnya, di dalam Islam tindakan tersebut tidak dilarang atau tidak jatuh haram kerana seorang suami adalah ‘tuan’ punya susu berkenaan dan dia tidak perlu meminta izin jika hendak minum susu isterinya.
ISTERI PEMILIK KANTUNG SUSU, TAPI SUAMI ADALAH ‘TUAN’ SUSU
Jelas Ustaz Azhar lagi -- isteri hanyalah pemilik kantung susu (payudara), manakala susu yang ada di dalamnya adalah milik suami.
Bagaimanapun katanya jika seorang isteri itu hendak menyusukan bayi milik orang lain, wanita itu perlu meminta izin suami terlebih dahulu.
“Ini kerana susu milik suami, perlu minta izin kerana isteri hanya pemilik kantung susu (payudara) sahaja,”ujar Ustaz Azhar .
Menurut Azhar, wanita yang belum berkahwin pula tidak mempunyai susu serta tidak mempunyai ‘tuan’.
“Wanita (anak dara) perlu kahwin terlebih dahulu baru ada susu dan ada tuannya iaitu suami.
“Jadi jika ‘tuan’ punya susu (suami) hendak minum susu itu boleh tiada masalah dan bergantung kepadanya sama ada hendak minum dengan cara macam mana sekali pun,” jelasnya.
VIDEO PENJELASAN USTAZ AZHAR IDRUS
@muizkedap 🌹MINUM SUSU BINI😚💦🌹 Blh ke tak?🥴 #ustazazharidrus #muizkedap ♬ River Flows in you - 小抑不抑
Sumber: Kosmo