Jadilah Pengguna Media Sosial Yang “HANDSOME” Ini 8 Etika Perlu Kita Tahu

GAYA HIDUP
July 12, 2017 - 04:54 PM


Penggunaan internet zaman sekarang memang tidak boleh di sangkalkan lagi. Sehingga majoriti peluang pekerjaan beralih kepada internet. Tidak kurang juga mereka yang mencari peluang untuk membuka perniagaan berlandaskan dalam talian. 

Namun tahukah anda etika-etika dalam penggunaan media sosial supaya orang di sekeliling tidak berasa annoying terhadap apa yang kita kongsikan di media sosial.

Ini antara 8 etika yang perlu di beri perhatian. Ya memang nampak mudah tapi ini yang sering kita pandang abaikan.

1. Jangan menguji rakan-rakan sekerja dengan gambar percutian yang menunjukkan suhu bagi tujuan menghangatkan atau provoke rakan yang sedang bekerja. Cukuplah kongsi gambar dengan simple description. 

2. Elakkan perbincangan topik-topik yang melibatkan 2 orang sahaja. Kira korang buat media sosial tu macam whatsapp. Boleh je nak PM kan. 

3. Jangan sesekali tag kawan-kawan di gambar yang tidak baik. Atau elakkan add kawan-kawan dalam group yang tidak berkenaan dgn mereka. Kita sendiri pun tak suka orang add kita dalam group sesuka hati mak bapak diorang je. Kalau dia nak join group tu diorang request jer. Dan trend zaman sekarang kongsi video yang ada bunyi mengarut ala-ala orang tengah ehem ehem. Sekali terbuka kat office mau mengucap panjang kalau orang dengar. 

4. Jangan guna CAPS LOCK!!! Boleh nak guna tapi tengok tempat dan masa. Biasanya caps lock ni utk org yang marah.

5. Jangan Overuse hashtag. ini mungkin boleh membuatkan posting korang nampak messy. Ni hashtag saja dekat 70 harakah. 

6. Post hanya 3 gambar sahaja di Instagram dalam sehari atau kalau sedang bercuti boleh post 5 gambar.

7. Kalau send friend request tu sbolehnya kenalkan diri dulu ataupun tujuaan kenapa korang add.

8. Kongsi gambar-gambar makanan dah jadi trend dah. Makan goreng pisang pun post. Minum teh ais pon nak post. Hello ko ingat orang nak tengok sangat gambar-gambar teh ais korang tu? Ada 3 rule kalau nak post gambar makanan. 

  • makanan yang korang buat sendiri dan improvekan dari resepi sedia ada
  • makanan yang related dgn diri korang
  • makanan yang luar biasa

Jadi lepas ni silalah jadi pengguna media sosial yang bertika. Please stop it make stupid people being famous.