G-SHOCK maharishi Edisi Khas Kini Di Malaysia

GAYA HIDUP
July 04, 2017 - 05:42 PM


Bagi mereka penggemar jam berjenama G-Shock keluaran edisi khas sempena ulang tahun ke-20 jenama maharishi mungkin wajib berada dalam koleksi anda.

maharishi adalah jenama dari England yang terkenal dengan motif military pada setiap koleksinya. Jam G-SHOCK Mudmaster ini juga tidak terkecuali dari terkena tempias motif askar dan hasilnya memang sangat menawan.

Jam model Mudmaster ini dilengkapi dengan barometer untuk mengukur tekanan udara, kompas digital, mud resistant serta tahan lasak pada suhu rendah. Jadi kalau anda nak panjat gunung Everest, ini jam yang anda boleh KIV untuk pembelian. Motif British Bonsai Forest dicetak pada tali jam ini ditambah dengan engraving logo maharishi pada bahagian belakang.

Kalau anda mencari jam yang sangat tahan lasak, edisi khas dan menawan, jam ini untuk anda. Harga jualannya adalah RM3,999 dan boleh dibeli di cawangan G FACTORY Malaysia. Untuk info lebih boleh lihat di sini. 

Jam ini boleh di dapati di Malaysia sejak Mac 2017. Dan merupakan antara yang terlaris. Smart, tahan lasak tapi harga pun boleh tahan. Kalau mampu apa salahnya angkat sebijik kan. 

Ps: Bagi tangan yang tak berapa nak cukup zat jam ini memang sangat tak sesuai.