Jangan Beli iPhone 8 Dulu! Ini Sebabnya...

GAYA HIDUP
October 02, 2017 - 10:11 AM


Tak sampai sebulan dilancarkan, ada berita yang tak best dan merisaukan pasal iPhone 8.

Ini kerana sudah ada beberapa kes dilaporkan melibatkan kerosakan pada iPhone 8 ini. Kes tersebut berlaku di US dan beberapa unit awal yang masuk ke asia.

Beberapa posting di twitter melaporkan bahawa telefon bimbit iPhone 8 Plus kelihatan terpisah  di sepanjang sisi peranti dan menjadikannya kelihatan seperti panel depan yang pecah.

 

Menurut media Taiwan pula, seorang pemilik telefon pintar Apple yang baru itu berkata, bahagian luar peranti itu mula terbuka apabila dicas. Telefon tersebut baru sahaja digunakan selama lima hari dan dicas menggunakan dengan kabel rasmi dan adapter original Apple.

Insiden serupa juga berlaku dengan pelanggan di Jepun yang mengaku bahawa iPhone 8 Plus telah dihantar kepada mereka dengan skrin yang sudah terbuka separuh. Gambar-gambar telefon yang pecah tersebut telah diposkan di media sosial.

 

Walaubagaimanapun, pihak Apple sedang menyiasat kedua-dua insiden itu dan mendedahkan tiada perkara seperti itu berlaku di A.S. atau Kanada.

Mereka juga tidak mengeluarkan sebarang komen berkenaan insiden terbabit. Jadi, sementara menunggu pengesahan mereka, kita harap kalau sampai kat Malaysia nanti tiada masalah lah.

 

p/s : harap ini hanya kes terpencil dan bukalah masalah pembuatan atau kualiti produk.

 

Sumber : Popculture