Apple Keluarkan Filem Pendek Yang Dirakam Hanya Dengan iPhone 12 Pro Max!

GAYA HIDUP
February 02, 2021 - 08:57 AM


Kalau korang peminat smartphone, sudah pastinya korang dah dengar tentang kehebatan kamera iPhone 12 Pro betul tak? Tapi rasanya masih ramai yang tak faham betapa powernya iPhone 12 Pro ni, jadi korang boleh tengok sendiri filem pendek yang dirakam menggunakan peranti tersebut. Memang sangat cantik kualiti videonya, dah macam filem di pawagam!

Filem itu ditayangkan di YouTube rasmi Apple pada 29 Januari yang lepas. Ianya mengisahkan tentang lagenda raksasa Nian bersempena dengan Tahun Baru Cina. Menggunakan iPhone 12 Pro Max, pengarah berbakat, Lulu Wang mengarah filem tersebut bersama team beliau yang pernah mengeluarkan filem The Farewell, sebuah filem yang pernah dicalonkan di Golden Globe.

Menurut Lulu, iPhone 12 Pro Max ni sangat versatile dan senang digunakan untuk merakam filem ini. Peranti tersebut mempunyai kebolehan untuk merakan video Dolby Vision HDR, keupayaan low light yang tinggi, telephoto lens dan juga ultra wide lens. Penggunaan stabilizer juga digunakan sebagai aksesori buat iPhone 12 Pro Max ni.

Menurut Lulu Wang, beliau berharap agar pengguna di luar sana sedar bahawa mereka pun boleh menggunakan peranti yang sedia ada untuk hasilkan idea mereka. Tak perlu tunggu untuk beli kamera mahal-mahal. Jadi korang kagum tak dengan keupayaan iPhone 12 Pro Max ni? Walaupun agak mahal, tetapi keupayaan dia memang tak boleh dinafikan. Boleh tengok behind the scenes di bawah.