Apple Beri Amaran Untuk Jauhkan iPhone 12 Dari Alat Pemacu Jantung Di Dada

GAYA HIDUP
January 25, 2021 - 08:33 PM


Untuk korang yang tak tahu, alat pemacu jantung (pacemaker) merupakan sebuah alat untuk membantu menstabilkan denyutan jantung untuk pesakit. Dan alat ini merupakan salah satu alat yang sangat penting buat mereka yang mempunyainya. Jadi korang boleh bayangkan tak apabila doktor di luar negara memberi laporan bahawa iPhone 12 boleh membahayakan nyawa pesakit.

Ini kerana bilangan magnet pada iPhone 12 semakin bertambah dan mampu mengganggu alat pemacu jantung dan segala implant lain yang ada di dalam badan. Menurut Apple, pengguna perlulah menjarakkan diri dari phone mereka sejauh 6 inci / 15 cm dari badan. Bukan tu je, malah aksesori MagSafe seperti MagSafe Charger dan MagSafe Duo juga tidak selamat untuk digunakan secara dekat.

Bagi aksesori MagSafe, ianya mempunyai radio dan magnet serta gelombang elektromagnetik mampu memberi gangguan terhadap barangan perubatan. Perkara ini mendapat perhatian dari Apple apabila artikel dari Heart Rythm Journal menunjukkan bahawa iPhone 12 mampu menghentikan alat pemacu jantung apabila diletakkan dalam jangka masa yang lama.

Jadi kalau korang selalu letak iPhone di poket kemeja dan mempunyai peralatan perubatan di dalam badan, hentikan perbuatan tersebut. Jangan bahayakan nyawa korang, letak je di dalam poket seluar atau lebih baik lagi, beli peranti dari syarikat lain okay? Jangan lupa untuk beritahu kepada rakan-rakan atau ahli keluarga yang mempunyai kondisi seperti dinyatakan.

Sumber: MacRumors 

Destination: