Jangan Beri Air Kosong Kepada Bayi 0-6 Bulan, Ini Risiko Yang Ramai Tak Tahu

GAYA HIDUP
March 22, 2018 - 04:49 PM


Baru-baru ini, kita digemparkan dengan berita yang kurang enak tentang seorang bayi yang menemui ajal akibat pendarahan kerana diberikan bubur pisang oleh penjaganya.

Ini menunjukkan yang ada juga sesetengah rakyat Malaysia yang mempunyai anak kecil belum atau tidak tahu tentang pemakanan bayi dibawah umur 6 bulan.

Sepatutnya, bayi 6 bulan ke bawah harusnya diberikan susu ibu sahaja tanpa makanan dan minuman. Selain untuk menjaga kesihatan bayi, susu ibu juga mempunyai nutrient yang mencukupi untuk pertumbuhan bayi.

Zat besi dan nutrient akan diserap oleh bayi melalui susu ibu dan sekiranya terdapat pengambilan bahan lain, ternyata ia mampu mengurangkan nutrient yang diserap den ini akan menyebabkan pertumbuhan yang terganggu selain sistem penghadaman mereka yang belum bersedia menerima makanan lain.

 

INI 4 RISIKO PEMBERIAN AIR KOSONG KEPADA BAYI BERUSIA KURANG DARI 6 BULAN.

#1. Kekurangan Zat

Jika bayi berumur 0-6 bulan ini diberikan air kosong atau cecair lain seperti jus dan lain-lain, ia boleh memberi risiko kekurangan zat kepada bayi.

Ini termasuklah sebarang jenis supplemen atau makanan tambahan.

 

#2. Penyakit Dan Jangkitan

Air akan bertindak untuk menghakis pelindung penyakit yang diperoleh daripada susu ibu. Selain menjadi pembawa kuman sekiranya ianya tidak betul-betul bersih, bayi anda akan terdedah dengan serangan penyakit dan jangkitan.

 

 

#3. Keracunan Air

Kita yang dewasa pun boleh sakit perut jika air yang diminum tidak bersih, bayangkan pula apa kesannya terhadap bayi yang beusia kurang dari 6 bulan ini. Selain boleh mencairkan garam dalam darah, pengambilan air yang berlebihan boleh menyebabkan keracunan air selain menurunkan suhu badan.

Sekiranya ini berlaku, bayi anda akan menjadi kembung dan akan mendapat serangan sawan tarik.

 

 

#4. Kegagalan Penyusuan Susu Ibu

Bayi akan kurang memberikan ransangan kepada ibu dan kegagalan penyusuan ini bererti bayi anda tidak akan dapat zat dan nutrient yang seharusnya mereka perolehi daripada susu ibu.