Jerawat? Oh no! Gunakan Bahan Ini Untuk Kecutkan Jerawat Satu Malam

GAYA HIDUP
June 06, 2018 - 10:53 AM


Muka korang tiba-tiba naik jerawat? Inilah ‘mimpi ngeri’ semua gadis-gadis. Lagi pulak nak dekat raya ni. Mestilah taknak muka berjerawat, kalau tak, rosak lah OOTD raya kan…

Sekiranya korang perlu menghilangkan atau mengecutkan jerawat dalam satu malam, mudah je cara-caranya.

Cara yang kitorang jumpa ni adalah dengan menggunakan bahan-bahan semulajadi je. Bolehlah korang cuba nak kecutkan jerawat dalam satu malam. Hasilnya pun cepat.

Bahan-bahan semulajadi yang boleh digunakan untuk kecutkan jerawat adalah :

 

#1. Madu

Kalau nak diikutkan, madu mampu membunuh bakteria yang menyebabkan jerawat. Ini kerana ia merupakan antibiotik semulajadi.

Selain dapat bunuh bakteria, madu jugak boleh melembapkan kulit dan jadikannya lebih sihat.

 

#2. Aloe Vera

Mempunyai fungsi seakan-akan sama seperti madu, aloe vera memiliki kandungan anti-bakteria serta anti-radang. Kalau disapukan pada kulit, ia boleh kurangkan kemerahan serta iritasi kulit.

 

#3. Ais

Kebiasaannya, orang akan suruh kita elak ais untuk jaga badan kan. Tapi lain pulak fungsinya untuk kulit. Balukan ais dengan kain lembut dan lekap pada bahagian berjerawat tu dalam 2 hingga 3 minit.

Selain mengurangkan bengkak, ais juga boleh kecutkan jerawat.

 

#4. Bawang Putih

Ambil seulas bawang putih dan tambah sedikit air. Sapukan pada kawasan berjerawat selama 10 minit. Tapi ingat, JANGAN letak bawang putih pada kulit tanpa air ye.

 

Selamat mencuba. Moga korang boleh susutkan jerawat sebelum pagi raya nanti =)