Song Hye-Kyo Sambut Hari Jadi Ke-42, Ramai Tak Percaya Usianya! Ini 6 Tips Kecantikan Dikongsi Bintang Jelita Korea Itu

GAYA HIDUP
November 25, 2022 - 12:18 PM


Pesona kecantikan pelakon jelita Song Hye-kyo yang mula popular menerusi drama ‘Autumn in My Heart’ sering memukau perhatian ramai.

Figura bertubuh genit ini semula jadi cantik walaupun tanpa solekan, malah potongan bentuk badannya yang langsing membuatkan ramai berasa iri hati.

Pada 22 November, Song Hye-kyo telah menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-42.

Beliau telah mengadakan parti hari jadi bersama rakan-rakannya. Seperti tidak percaya Song Hye-kyo sudah pun mencecah usia 42 tahun.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Song hyekyo (@kyo1122)

Bukan sekadar itu, peminat juga tidak henti-henti memuji kejelitaan bintang Korea Selatan itu yang didakwa langsung tidak dimamah usia.

Mengikut usia rasmi, Song Hye-kyo genap 41 tahun tetapi di Korea kiraan umur bertambah satu tahun menjadi 42 tahun.

Melalui satu hantaran dilaman Instagram, beliau tidak lupa untuk menzahirkan rasa syukurnya pada peminat yang turut memberikan ucapan hari lahir buatnya.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua orang yang mengucapkan tahniah pada hari lahir saya. Saya menerima semua bunga dan hadiah yang awak hantar kepada saya. Terima kasih. Ya! Saya harap anda semua sentiasa sihat dengan perkara yang gembira,” titipnya di Instagram.

Berikut antara ucapan-ucapan daripada para peminat Song Hye-kyo:

– “Selamat hari lahir. Saya doakan awak sentiasa gembira.”

– “Hari lahir seorang puteri.”

– “Selamat hari lahir. Semoga kekal selamat dan bahagia.”

– “Yang terindah di alam semesta. Selamat hari jadi.”

– “Indah dan menawan. Selamat hari lahir.”

– “Selamat hari lahir si cantik.”

AMALAN RUTIN KECANTIKAN SONG HYE-KYO

1. SENAMAN 

Sering melakukan senaman yoga dan kardio untuk memperbaiki keadaan kesihatan. Aktif berolahraga memang efektif untuk menjadikan kulit dan tubuh awet muda. Selain itu, bentuk badan pun terjaga.

2. URUT WAJAH MENGGUNAKAN KIUB AIS 

Menggunakan kiub ais untuk mengurut wajah. Menurutnya kaedah ini boleh menjadikan kulit tegang dan wajah lebih runcing. Mengurut wajah dengan ketulan ais sangat berkesan melegakan kesakitan, keradangan dan lebam pada permukaan kulit. Kaedah itu juga berkesan untuk mengurangkan kesan sembab pada wajah akibat kurang tidur.

3. GUNA PRODUK PERAWATAN WAJAH ANTI PENUAAN

Ibu Song Hye-kyo menasihatkannya memulakan penggunaan produk anti penuaan walaupun masih muda. Biasanya Song Hye-kyo menjalani ritual penjagaan kulit wajah pada waktu malam dengan mula memakai penyegar anti penuaan. Perawatan kulit wajah diteruskan dengan serum, krim muka, dan masker wajah.

4. MAKAN BUAH, SAYUR & MINUM AIR MINERAL SECUKUPNYA

Pelakon cantik ini sangat mengambil berat makanan yang dimakan. Beliau mengelak makan makanan ringan, makanan segera dan juga coklat.

Buah-buahan dan sayur-sayuran memang wajib ada dalam diet hariannya terutama labu.

5. AMALKAN MASKER WAJAH DARIPADA CAMPURAN PUTIH TELUR & MADU ASLI

Merawat wajah dengan masker yang diperbuat daripada bahan dapur. Ramuan kegemarannya ialah masker wajah campuran putih telur dan madu asli.

6. MASKER WAJAH MADU ASLI

Pupur wajah daripada madu asli menjadikan kulit wajah lebih cerah dan menyamarkan garis-garis halus.

 

Destination: