Wow, Squid Game Disambung Hingga Musim Ketiga?

GAYA HIDUP
January 03, 2022 - 01:32 PM


Drama sensasi Korea Selatan, "Squid Game" yang menjadi fenomena di seluruh dunia khabarnya bukan sahaja sudah mendapat lampu hijau untuk dilanjutkan ke musim kedua -- bahkan mungkin sehingga musim ketiga!

Perkara itu didedahkan Pengarah siri tersebut, Hwang Dong Hyuk dalam wawancaranya bersama KBS.

"Saya sekarang sedang berbincang dengan Netflix tentang musim kedua dan ketiga [Squid Game]," dedah Hwang yang sebelum ini mengendalikan Silenced yang dibintangi oleh Gong Yoo.

"Saya rasa kita akan mencapai satu persetujuan dalam masa terdekat ini," dedah Hwang selanjutnya.



Dalam wawancara tersebut, Hwang turut mendedahkan jalan cerita bagi musim kedua.

Pada hari yang sama, Netflix juga memberikan penjelasan mengenai komen Hwang.

"Benar bahawa kami sedang membincangkan tentang Squid Game, termasuk musim ketiga. Namun, belum ada keputusan muktamad," kata pihak Netflix.



Awal November lalu, Netflix secara rasmi mengumumkan bahawa Squid Game akan dilanjutkan sehingga musim kedua.

Sutradaranya, Hwang menyentuh tentang musim kedua semasa menghadiri satu acara promosi di Los Angeles, Amerika Serikat.

"Ada banyak permintaan, tekanan dan cinta untuk musim kedua. Kami tidak mempunyai pilihan," dedah Hwang ketika itu.

Awal dari itu, Hwang pernah mengatakan bahawa beliau tidak lagi berdaya untuk meneruskan musim kedua Squid Game.

"Saya tidak mempunyai rancangan untuk meneruskan musim kedua Squid Game. Memikirkannya saja sudah memenatkan," luah Hwang kepada Variety pada September lalu.

Sumber: Media Corp Sg
 

Destination: