Jerebu Teruk, Negara Luar Mulakan Eksport Udara Segar Ke China

GAYA HIDUP
September 25, 2019 - 11:43 AM


Jual udara segar dalam tin.Kedengaran macam gila, itu lah yang dilakukan oleh sesetengah orang yang mengambil peluang menjual udara segar dan dijual di China. Negara China dah lama mengalami masalah pencemaran udara yang sangat teruk.

Sehinggakan ada yang mengambil kesempatan buat bisnes macam tu. Ada yang dari Kanada, eksport udara segar ke China. Udara segar tu diambil dari pergunungan dan dibotolkan atau di letak dalam tin. Ramai yang beli sebab nak sedut udara bersih.

Bila ada yg niaga udara tu menunjukkan kita semakin terkebelakang. Benda percuma tapi perlu dibayar. Satu botol udara bersih dari Kanada tu berharga hampir 100 ringgit untuk 8 liter udara, agak mahal untuk udara bersih tapi apakan daya orang lebih memerlukan perlu bayar harga tu. 

Udara yang kotor dan berjerebu sampai jarak penglihatan sangat terhad, mereka buat skrin untuk paparkan pemandangan langit biru sebab penduduknya dah lama tak nampak langit biru tu.

Jadi mungkin satu hari nanti kita juga boleh mula menjual udara segar kepada negara jiran pula. 

-KeN

Destination: 
;