Jom Shopping Raya! Pelbagai Jenama Fesyen Terkemuka Kini Di Lazada

GAYA HIDUP
April 05, 2021 - 12:15 PM


Sempena perayaan Aidilfitri yang bakal menjelang tiba, Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW) dan Lazada Malaysia baru-baru ini baru mengumumkan pelancaran e-Kedai Fesyen Pelbagai Label Lazmall, menerusi penerima konsain Jenama Dalam Talian mereka O.C.M. (One Common Mission). 

Kedai atas talian itu menampilkan jenama pereka fesyen tempatan terkenal seperti Rizman Ruzaini, Jane, Syomirizwa Gupta, Behati, Against Lab, Kit Woo, dan banyak lagi dengan hasrat untuk membantu industri fesyen tempatan dengan mempromosikan rekaan Malaysia kepada lebih daripada satu pertiga rakyat Malaysia yang membeli-belah di Lazada setiap bulan. 

O.C.M bakal membawa trend dan cita rasa fesyen yang dekat dengan golongan Milenial dan Gen-Y dan juga bakal menampilkan koleksi Raya terkini untuk tempoh yang terhad eksklusif di dalam Lazada ]yang merangkumi pakaian sedia dipakai, beg tangan, barangan kemas, aksesori dan banyak lagi.

Lebih ramai lagi pereka dan jenama tempatan yang bakal membuat pelancaran di dalam kedai Fesyen LazMall O.C.M dalam tempoh beberapa minggu akan datang. Berikut merupakan senarai pereka fesyen dan jenama yang mengambil bahagian untuk pelancaran fasa 1: 

A-JANE / AGAINST LAB / ALIGN CO / ANDY SULAIMAN / BEHATI / BEV C / BREMEN WONG / CASSEY GAN / CORAK CLOTHING / DR.MISTER OFFICIAL / EK COLLECTION / EVERSNC / FIZIWOO / GHAANIA / HAZIZUL / HILL TO STREET / HUEY SY / IdOTSHIRT / JIMMY LIM / KHATREENA / KIT WOO / LAVENDER / MAATIN SHAKIR / MAGLIFESTYLE / MYJIN JEWELRY / NEONATE / OLERE / PRIVATE STITCH / RIZMAN RUZAINI / SENJA JEWELRY / SONXMY / SUPERCREW / SURI / SYOMIRIZWA GUPTA / TAGUWARUWA / THE HIPPOCRATE / THE INTERWEAVE / VILLIAM OOI / WYNKA / ZAIMI ZULKAFLI / ZERO TO TEN