Kamera 360 Darjah Dari GoPro Boleh Dipra Tempah Pada Harga RM3199!

GAYA HIDUP
March 05, 2018 - 04:46 PM


Sebut sahaja action camera, sudah tentu nama GoPro akan menjadi pilihan. Disokong oleh kejayaan model-model sebelum ini, GoPro ternyata telah meningkatkan ‘action camera game’ mereka.

 

 

Terkini, GoPro telah mengumumkan pengeluaran kamera aksi 360 darjah yang dinamakan GoPro Fusion.

 

 

Dilengkapi dengan kamera 18-megapixel dan disokong oleh wide angle lens, GoPro ini akan menggunakan dua kamera bagi rakaman 360 darjah dalam bentuk video mahupun gambar.

 

 

Selain fungsi kalis air dan build in GPS, ia juga disertakan dengan empat mikrofon untuk rakaman audio yang lebih baik.

 

 

Sekiranya korang mahukan rakaman yang terbaik atau ingin memiliki kamera aksi untuk aktiviti extre korang, korang dah boleh melakukan pre-order di laman web All It Hypermarket dengan harga RM 3,199 dan pra pesanan ini hanya dibuka sehingga 16 Mac ini.

Jom tengok video promosi mereka ini :