
Trade-In Kamera Lama Anda, Dapat GoPro Hero Hanya RM699
GAYA HIDUPHah, kalau korang berkira-kira terfikir-fikir nak ‘angkat’ GoPro, inilah masanya. Ada satu promosi terbaik dan sesuai untuk korang.
Baru-baru ni, distributor rasmi GoPro iaitu Funspotz ada buat tawaran untuk korang trade in kamera lama korang kepada GoPro Hero. In return, korang Cuma keluarkan RM699 untuk dapatkan GoPro tersebut.
Ikutkan syarat, semua jenis kamera boleh. Tak kiralah kompak mahupun smartphone korang yang ada fungsi kamera. Maknanya Nokia 3310 tak boleh ye! Hehehe.
Tapi, korang kena rajin sikitlah, pergi ke outlet rasmi Funsportzcycles yang ada di Midvalley ataupun Sunway Pyramid.
Kalau nak ikutkan, GoPro Hero punya spec, lens dia 10-megapixel. Korang boleh rakam video dengan kualiti 1440p pada kadar 60fps. Walaupun tidaklah 4K tapi dengan versi bajet ni, ia cukup dah.
Yang bestnya, korang dah tak payah susah-susah untuk dapatkan waterproof casing sebabnya GoPro Hero ni memang boleh masuk dalam air, sehingga kedalaman 10 meter.
Nak tengok review penuh, ada dekat video dibawah.
Nak info lebih lanjut tentang One Piece ‘The Great Era of Piracy?
• Tekan link untuk tiket Promo Early Bird One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour
• Tekan link untuk Artikel Penuh One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour
• Tekan link untuk GIVEAWAY 20 Tiket One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour PERCUMA
• Dah bergambar dengan Giant Luffy? Ini 5 Lokasi Jelajah Giant Luffy! Tekan link untuk video