Kamera Travel Terbaik Setiap Kategori : dSLR, Mirorless, Kompak Dan Pelbagai Lagi

GAYA HIDUP
February 25, 2020 - 01:39 PM


Pada tahun 2020 ni, pastinya ramai yang memilih untuk travel dan pastinya ramai yang bergantung kepada smartphone yang kini mempunyai kamera yang canggih dan adakalanya kualitinya lebih baik dari mereka yang menggunakan kamera.

Secara jujurnya, kamera di telefon mampu menghasilkan gambar – gambar travel yang menarik dan cantik jika ada skillnya dan situasi ini juga sama dengan pengguna kamera. Jika tiada skill dan kamera sahaja yang mahal, hasilnya… biasa – biasa juga.

Kita tutup cerita berkenaan skil dan ayuh fokus kepada perkongsian kali ini iaitu Kamera Travel Terbaik Pada 2020 (setakat ini) mengikut setiap jenis utama yang ada di pasaran.

Kebiasaannya, kamera untuk dibawa travel ini semestinya yang ringan, mudah digunakan dan sesuai dengan semua keadaan. Namun, perkara ini sebenarnya bergantung kepada individu dan bagaimana cara travelnya pula nanti.

Secara umum, soalan yang sering ditanya adalah “kamera apa yang terbaik untuk travel” ? Adakah jenis DSLR, mirrorless, kompak atau GoPro?

Image Credit : Tech Radar

Disini, kami mengumpulkan pilihan dan review bagi setiap kategori kamera bagi membantu anda membuat keputusan sebelum membeli atau lebih suka kami gunakan perkataan invest, untuk mendapatkan gambar terbaik bagi dikongsi di media sosial mahupun menjadi simpanan peribadi.

Kalau malas nak baca ulasan penuh; kami ada sediakan keputusan untuk setiap kategori :

  • Kamera Travel Terbaik (Keseluruhan) : Canon EOS 250 D (RM2,240)
  • Kamera Mirrorless Terbaik Untuk Travel : Sony Alpha a6000
  • Kamera Point and Shoot / Kompak Terbaik : Sony RX100 VI (Kualiti Tinggi)
  • Kamera Point and Shoot / Kompak : Panasonic Lumix LX100 (Mampu Milik)
  • Action Kamera Travel Terbaik : GoPro Hero 8

Jom kita tengok satu persatu kelebihan dan kekurangan jenis -jenis kamera ini pula :

DSLR

Kualiti gambar dan Fungsi : Kamera DSLR (digital single-lens reflex) merupakan sebuah kamera digital dengan sensor yang besar dan ini membolehkan ia mengambil gambar yang berkualiti tinggi selain boleh digunakan dengan pelbagai jenis lensa boleh tukar.

Bateri biasanya mempunyai daya tahan lebih lama.

Berat dan Saiz : Kamera jenis dslr ini merupakan paling besar dan berat antara jenis – jenis kamera yang ada disebabkan badan (body) kamera ini mempunyai sebuah cermin di dalam yang akan memantulkan cahaya yang masuk ke dalam kamera melalui lensa.

Harga : Biasanya lebih mahal dari kamera lain (kecuali mirrorless). Sebagai contoh; kamera permulaan untuk DSLR Canon ialah RM1750 (EOS 3000D) atau EOS 1500D yang dijual pada RM2,300. (Harga rasmi di laman web).

Kamera Mirrorless

Kualiti gambar dan fungsi : Kamera jenis mirrorless ini selalu menjadi topik perbualan dan perdebatan sehingga hari ini dan pernah mendapat gelaran “dslr killer” kerana gambar yang dihasilkan berkualiti tinggi sama seperti dslr selain fungsi lebih mudah.

Kurangnya adalah dari segi jangka hayat bateri yang agak pendek dan ada pengguna yang mengatakan penggunaan mirrorless dalam jangka masa panjang akan membuatkan bodynya cepat panas.

Berat dan saiz : Saiz dan berat kamera mirrorless ini lebih ringan dan lebih kecil dari DSLR, tapi disebabkan jangka hayat bateri yang pendek, anda mungkin akan membawa bateri tambahan dan secara tak langsung beratnya sama dengan DSLR. (Berat beban barangan yang dibawa semasa travel).

Harga : Bab harga ni, agak rumit sikit nak dijelaskan. Sebabnya, ada mirrorless yang sememangnya murah dari DSLR dan ada juga harganya sama. Tapi rata – rata mengatakan mirrorless ini lebih murah sedikit (mungkin mahal di pasaran Malaysia).

 

Kamera Point and shoot / Kompak

Kualiti gambar dan fungsi : Secara umumnya, kamera ini sangat sesuai digunakan untuk travel dan menawarkan kualiti gambar yang bagus juga. Kalau anda mencari sebuah kamera yang menghasilkan gambar yang jelas dan simple cara penggunaannya, gunalah kamera kompak. Saya sendiri menggunakan sebuah kamera kompak.

Gambar diambil menggunakan Sony HX90V

Namun, ada beberapa kamera yang boleh ditandingi oleh kamera telefon (baca: iPhone) dan beberapa pengeluar lain. Menariknya, ada model point and shoot ini direka supaya boleh mengambil gambar dalam air, mempunyai daya ketahanan tinggi dan lain – lain.

Perkara yang saya sendiri suka ialah pengunaannya yang mudah digunakan, lebih – lebih lagi di tempat yang sesak. Keluarkan kamera, on, cari angle cantik dan snap! Selesai.

Saiz dan berat : Pada dasarnya namanya kamera kompak dan ini membawa erti saiznya kecil dan mudah dibawa kemana – mana dan biasanya muat untuk dimasukkan kedalam poket seluar.

Harga : Kamera jenis Point and Shoot ini biasanya jauh lebih murah dari mirrorless kecuali model yang berkelas tinggi seperti siri RX dari Sony dan sebagainya.

 

Kamera Aksi / GoPro

Kualiti Gambar dan fungsi : Kamera aksi atau GoPro biasanya digunakan bagi mengambil gambar atau video dari pandangan orang pertama dan biasanya ia sememangnya direka dengan daya tahan yang tinggi.

Dari segi fungsi, ia tidak seperti kamera – kamera lain dalam senarai kerana GoPro lebih kepada sesuatu yang luas (wide) dan biasanya digunakan untuk video. Jika fokus anda menghasilkan video, GoPro adalah pilihan yang terbaik.

Contoh Gambar Menggunakan GoPro

Berat dan saiz : Dalam senarai ini, GoPro adalah yang paling kecil dan paling ringan. Ia juga mempunyai aksesori tambahan yang membolehkan ia diletakkan di kepala atau badan bagi tujuan mendapatkan video yang lebih memberikan aksi pengguna / pemakai.

Harga : Harga GoPro biasanya tak lari jauh dan boleh dikatakan standard. Namun, untuk model terbaru ini, harganya (seperti senarai dibawah) adalah lebih murah dari kamera lain.

Senarai harga kamera travel terbaik 2020 menurut senarai yang kami berikan diawal artikel :

Kamera Travel Terbaik (Keseluruhan) : Canon EOS 250 D (RM2,240)

Kalau diikutkan nama lain model ini ialah Canon EOS Rebel SL3 atau di Malaysia EOS 250D. Ia mendapat pilihan sebagai kamera travel terbaik disebabkan beratnya yang ‘lightweight’ selain saiznya yang agak kompak jika dibandingkan dengan DSLR lain.

Difahamkan, ia boleh merekod video berkualiti 4K. Harga untuk pasaran Malaysia yang kami temui adalah RM2,099 (paling murah) di Lazada dan tiada model ini di laman web rasmi, yang ada hanya 200D yang dijual pada RM2,999.

Kamera Mirrorless Terbaik Untuk Travel : Sony Alpha a6000

Kalau dari pembacaan di laman web berkaitan gajet dan kamera, a6000 dari Sony ini diletakkan sebagai kamera pemula untuk kategori Mirrorless.

Faktor yang menjadi highlight adalah saiz dan beratnya selain sistem pemprosesan yang membolehkan gambar berkualiti tinggi dihasilkan. Ini ditambah pula dengan fungsi autofocus yang setakat ini dikatakan terbaik pernah dihasilkan.

Harga untuk pasaran Malaysia : RM2659 (laman web rasmi) , RM2150 (Shopee)

Kamera Point and Shoot / Kompak Terbaik : Sony RX100 VI (Kualiti Tinggi)

Untuk point and shoot berkualiti tinggi ini kami menyenaraikan keluaran siri RX100 dari Sony iaitu Sony RX100 IV yang mana ia mempunyai kuasa zoom yang sangat bagus dan gambar berkualiti tinggi.

Selain itu, ia mempunyai fungi skrin sesentuh dan juga penstabilan imej selain mampu merekod video pada 4K.

Harga : RM 4,899 (harga rasmi laman web) , RM2500 ~ RM2800 (Lazada)

 

Kamera Point and Shoot / Kompak : Panasonic Lumix LX100 (Mampu Milik)

Walaupun ia berada dalam kategori mampu milik, harga untuk pasaran Malaysia masih mahal iaitu RM2,310.

Namun itulah kenyataannya, kalau ada peluang travel, cuba cari kamera jenis ini diluar dan survey harganya, kalau di Malaysia, harganya pada kami ia dalam kategori ‘mampu tengok’ dan untuk harga sebegini, boleh dapatkan mirrorless secondhand. Hehe.

 

Action Kamera Travel Terbaik : GoPro Hero 8

Terakhir sekali, GoPro. Model terbaru ini ada teknology penstabilan HyperSmooth dan boleh merekod video dalam 4K.

Lens digital pada GoPro ini membolehkan ia menghasilkan gambar HDR berkualiti selain footage video yang kurang gegaran seperti model – model sebelum ini. Ia juga direka supaya waterproof ye. Jadi, kalau nak diving ke, snorkelling ke, atau nak aktiviti melibatkan air atau sukan lasak, memang disyorkan sangat ada GoPro.

Harga pasaran GoPro Hero 8 Black ialah antara RM1879 ke atas. Paling murah kami temui adalah RM1799 di Lazada.

Sekarang ini, pilihan ditangan anda; beli ikut kemampuan dan fungsi yang diperlukan. Jangan mengikut trend. Ikutlah kesesuaian.