Kecoh! Kedai Nasi Itik Viral, Didakwa Hidang Makanan Dari Non Muslim!

GAYA HIDUP
August 15, 2022 - 04:29 PM


Kedai yang terkenal dengan hidangan nasi itik dan ayam di Sungai Ara, Pulau Pinang didakwa sumber hidangannya diperoleh dari satu restoran non muslim. Pendedahan itu dibuat oleh influencer makanan terkenal Shahrilwokay2 di akaun TikToknya.

@shahrilwokay2

Assalamualaikum. Ni statement aku tentang isu Nasi Itik & Nasi Ayam di Sungai Ara Pulau Pinang. Semoga jelas & Insya’Allah lepas ni aku akan lebih berhati².

♬ original sound - shahrilwokay2

Beliau menegaskan, bahawa tidak tahu akan kesahihan dakwaan tersebut pada awalnya. Namun salah seorang pengikutnya telah menampilkan bukti yang kukuh dan menasihatkan Shahril untuk buang video review tentang kedai tersebut.

Kedai tersebut yang dikatakan cukup terkenal dengan hidangan mereka yang cukup sedap dan berjaya menambat hati ramai pelanggan khususnya orang melayu Islam. 

Namun, akhirnya netizen dapat penjelasan dari pihak restoran tersebut. Anda boleh dengarkan penjelasan yang diberikan di bawah.

Susulan dari penjelasan tersebut, mereka juga dengan rasmi menutup perniagaan mereka.

Destination: