Kenapa iPhone 14 Paling "Tak berbaloi" Untuk Pengguna Asal Yang Ada iPhone 12 & IPhone 13?
GAYA HIDUPKadang-kadang kita yang biasa-biasa sebagai rakyat marhaen ni bukan hebat sangat bahasa IT ni, tengok orang pakai iphone kita pun nak pakai iphone juga. Sebab itulah rakyat marhaen ramai yang pakai iphone sekarang.
Bagi korang yang tengah intai-intai iphone 14 tu meh sini kami kongsikan secara ringkas penjelasan antara iphone 13 pro dengan iphone 14 pro.
Perkongsian ini daripada Asiang
Model IPhone 14 yang paling "Tak berbaloi" untuk pengguna asal yg ada iPhone 12/IPhone 13 upgrade.
Tahun ni paling mengejutkan sekali ialah siri IPhone 14 dan IPhone 14 Plus(Model terbaru) tak dapat processors terbaru iaitu A16 Bionic.
Okay untuk yang bukan selalu baca berita IPhone. Asiang bagitau secara ringkas mudah faham.
Setiap tahun bila Apple merasmi model baharu, maka semua model akan dapat Processor Chips yang terbaru juga, contoh dari processor A11 ke A12 ke A13 Ke A14 Ke A15 sampai lah semalam baru rasmi A16 bionic. Tak kisah model size mini, size biasa, size besar semua akan dapat Processor yang terkini.
Tapi tahun ni agak menghampakan pembeli, iaitu Model IPhone 14 & 14 Plus guna processor lama, A15 Bionic shj. Dan hanya model 14 Pro & 14 Pro max dapat menggunakan A16 Bionic processor.
Ini sangat mengecewakan ya, sebab selama tak pernah ada satu kali model latest, tapi guna processor lama pada IPhone. Ni kali Pertama jadi macam ni.
Lepas tu sebabkan currency Malaysia Ringgit turun lagi, menjadikan harga IPhone 14 yang sepatut harga sama dengan IPhone 13 lama menjadi naik mendadak.
Harga asal :
13 128gb rm3899, 14 128gb rm4199
13 256gb rm4399, 14 256gb rm4699
13 512gb rm5299, 14 512gb rm5699
Sudah jatuh, ditimpa tangga.
IPhone 14 asal sudah hilang perkara yang paling menarik iaitu Processor Terkini, orang Malaysia pulak kene hadap sekali kenaikan harga sebab currency MYR turun.
Oleh sebab itu asiang sini cadangan peribadi ialah, model 14 *Kurang* berbaloi utk sesiapa yang sudah memiliki IPhone 12 / IPhone 13 utk upgrade hset. Sebaliknya asiang sangat recommend kepada sesiapa yang berminat, boleh belikan model IPhone 13Pro Ataupon IPhone 13 Pro Max.
Sebabkan IPhone 13 PRO & 13 PRO MAX sudah secara rasmi dihentikan keluaran baru, supplier2 yang masih ada ready stock banyak di gudang akan membuat Promosi banyak utk Clear stock.
Jikalau anda rajin cari, atau order dengan asiang, harga 13 Pro & 13 Pro Max dapat ejas harga murah dengan hampir sama dengan IPhone 14 & 14 Plus sudah.
Sini asiang juga akan bagitau apa perbezaan Iphone 13 kepada IPhone 14.
1) Kamera lebih bagus *Sedikit*
Rear camera dia tiada ubahan disegi Megapixel, kekal shj 12MP, tapi menurut pihak Apple sebut, mereka upgrade lagi camera sensors dengan ada tambahan fungsi "Photonic Engine" utk bagi process gambar lebih details dan cantik. Dan juga tambah "action mode" utk rakaman video semasa pengerakan laju.
Kamera depan IPhone 14 kini ada fungsi auto focus, boleh tangkap gambar dengan lagi details dan jelas.. Tetapi Megapixel tiada ubahan, tetap menggunakan 12MP.
Disebabkan ada upgrade kamera sensor, recording video kini boleh sampai 4K resolution records dengan fungsi cinematic video.. Iphone 13 sebelum ni hanya boleh 1080p shj... Kesimpulan, recording video lebih jelas, tapi video pon lagi kuat makan memori phone ya.
2) GPU upgraded
Graphics GPU core ada naik taraf sedikit. Iphone 14 kini ada 6 Core GPU, berbanding iPhone 13 hanya ada 5 Core. GPU ni lebih tumpuan untuk kerja seperti "Mengedit video" atau main games, jikalau Core GPU lebih banyak, maka lebih lancar dan lagi kurang rasa "Lagging" atau kita sebut "Sekat2".
3) Tambahan fungsi baharu seperti 14 pro
Kali ni dengan tambahan Sensor yang lagi advanced. Semua model IPhone 14 ada ciri "Crash detection" makna jikalau kita ada kemalangan jalan raya dan iPhone tu akan dapat detect dan mengeluarkan fungsi SOS atau emergency services utk buat panggilan automatic. Fungsi ini 14, 14 plus, 14 pro, 14 pro max semua ada. Ini fungsi terbaru dan special utk model Terkini shj. Sbb ada tambahan sensor.
4) Bateri lebih tahan sikit.
Menurut Apple official site, 14 bateri lebih tahan dari iPhone 13. Tapi mereka takda senaraikan berapa MAH bateri tersebut. Cuma kata lebih tahan sejam berbanding 13.
Pastu ramai tanya model terbaru iaitu 14 Plus apa beza sama 14 biasa?
Beza mereka sikit shj. Iaitu Size besar dan Harga lebih mahal.
14plus mempunyai skrin 6.7inch dan 14 hanya 6.1inch. Bila phone sudah jadi besar, maka bateri pon ikut besar sekali ya. 14 plus juga bateri lebih besar daripada 14. Dan sebabkan sudah tambah size sudah tentu harga pon bertambah sekali.
Tapi yang ciri2 lain. Seperti Processor CPU & GPU, CAMERA, SPEAKER, SENSOR, SKRIN RESOLUTION / MATERIAL, semua sama shj.
Harga 14 VS 14 Plus :
128GB : Rm4199 VS Rm4699
256GB : Rm4699 VS Rm5199
512GB : Rm5699 VS Rm6199
Itu dia.. Tapi nasihat TERAKHIR asiang. Cuba beli 13 Pro Atau 13 Pro max. Daripada beli 14 atau 14 Plus.. Itu sahaja.. Ini cuma nasihat. Kalao nak beli, mesti hak masing2 shj. Tak perlu marah2 ya.. Bukan paksaan, cuma cadangan.
Nak beli Phone sama kita? Apa lagi, Mesej lah admin. Hehe.
#iPhone13Pro #iPhone13ProMax #iphone14 #iphone14plus #iphone #iphoneresellers #SiangMobileStore