Korang Yang Susah Faham Bahasa IT, Baca Ni Perbezaan Antara iPhone 13 Pro Dan iPhone 14 Pro!

GAYA HIDUP
September 08, 2022 - 06:09 PM


Disegi harga : Harga untuk 14 pro & 14 Pro max mahal banyak daripada 13 pro & 13 pro

  • 13pro 128gb :RM 4899 14pro 128gb:rm5299
  • 13pro 256gb :RM 5399 14pro 256gb:rm5799
  • 13pro 256gb :RM 6299 14pro 512gb:rm6799
  • 13pro 1TB :RM 7199 14pro 1TB: rm7799
  • 13pro max 128gb rm 5299 14pro max 128gb rm5799
  • 13pro max 256gb rm5799 14pro max 256gb rm6299
  • 13pro max 512gb rm6699 14pro max 512gb rm7299
  • 13pro max 1TB rm7599 14pro max 1TB rm8299

Makna kalini semua IPhone naik harga dari rm400-rm700sebab currency Malaysia. Sebab harga US Dollar, harga iPhone 14 sama je iPhone 13 sebelum ni.

Okay sudah habis sebut harga. Mari asiang jelas kan, apa beza utk siri 13 pro & 13 Pro Max sama 14 Pro & 14 Pro max, secara ringkas.

Yang max sebenarnya cuma size besar pada yang Pro shj. Jadinya asiang terus guna nama Pro shj ya. Pro Max tak buat perbandingan sebab hanya Size 6.7 tu je bezanya.

1) Processor Upgrade

Processor upgrade lagi laju, daripada A15 Bionic kepada A16 Bionic. Jadinya telefon lagi laju daripada sebelum ni ya. Itu mudah faham.

2) Paparan skrin Upgrade dengan fungsi baru.

14Pro skrin tambah lagi teknologi baru pada skrin menjadikan skrin lagi jelas, lagi sharps, Dan juga menambah fungsi "Always on display" boleh sentiasa menyalakan skrin, tak perlu asyik buka phone utk check seperti, masa, Mesej, notis lain2

3) Lubang kamera depan ada fungsi baru

Fungsi baru tu panggil dynamic island, pasni notis contoh mcm charging, atau player lagu semua akan masuk ke situ menjadi shortcut. Model 13 pro sebelum ni takda apa2 fungsi dekat lubang selfie kamera itu.

4) Kamera

14 Pro Boleh zoom gambar lagi jauh daripada 13 pro, Dan juga 48MP kamera skrg. 13 pro hanya 12mp, kesimpulan ketiga2 kamera lens 14 pro sudah upgrade jadi lagi tinggi megapixel dan gambar waktu cahaya kurang lagi hebat daripada sebelum.

5) Sensor gegaran baru

14 Pro dalam ada sensor boleh detect gegaran kereta accident dan automatically masuk ke SOS Mode. Kalau orang pernah guna Apple watch pasti tahu fungsi ini, KINI fungsi ini sudah ditambahkan ke model 14 pro dan 14 pro max juga.

Sensor GPS satelit terbaru utk buat SOS tetapi tak boleh digunakan dekat Malaysia. Hanya dkt USA shj. (ada serupa takda, dah la servis ni kene bayar bulan2 nanti 😂)

6) Warna baharu. Purple

Seperti biasa, setiap siri IPhone versi PRO akan ada warna special dia. Kali ni 14 Pro dengan PURPLE.

Nak tukar dari 13 Pro / 13 Pro Max kepada 14 Pro/ 14 Pro max?

A) Boleh, jikalau anda jenis duit ada, beli dia pon tak kan menjejaskan hidup biasa.

B)Tak perlu bazir duit, secara jujur, kali ni beza tak banyak, melain itu Kamera upgrade utk orang yang penting dengan Gambar& Video. Yang asas dia, yang basic situ. Tak beza jauh ke mana.

Nyaris lupa satu, kenapa tak cerita pasal 14 Pro max?? Haaaa baca sini lelok ya.

14 pro max adalah SEBIJIK, SEJIBIK, sama dengan 14 Pro, cuma beza size skrin besar sikit, pastu bateri besar sikit shj. Skrin 6.1inch dan 6.7inch utk Max. Ha itu shj beza mereka.. Jadinya disegi fungsi takda apa beza, disegi saiz skrin, bateri dan Harga sahaja mereka beza

Malaysia Pre Order 16 September.

Malaysia First Sales 23 September.

Perkongsian ini daripada Asiang