Kesan Pergerakan Aset Anda Dengan Alat Ini..!

GAYA HIDUP
September 11, 2017 - 05:27 PM


Sejak akhir-akhir ini, banyak kes ragut, samun, curi motor dan lain – lain lagi berlaku di negara kita. Para penjenayah pula semakin berani buat kerja secara terang-terangan. Macam video yang viral baru-baru ni, telefon bimbit diragut pagi raya Aidiladha tu. Iya, telefon bimbit boleh dikesan kedudukannya sebab dalam dia ada GPS.

Macam mana kalau kereta atau motorsikal? Kalau kita perhatikan, banyak produk yang dikeluarkan oleh syarikat – syarikat besar menawarkan khidmat untuk trace kereta kita.

STOPANIK antara salah satu daripadanya. Apa yang menarik pasal alat ini, dia boleh guna untuk kesan pelbagai aset.

Terdapat 6 model yang boleh dipilih. Alat ini juga sesuai digunakan oleh individu mahupun syarikat.

Sumber : Website

Walaupun bersaiz kecil dan mudah alih, alat ini boleh menyediakan pelbagai informasi kepada pengguna. Jika dipasang pada sesebuah aset, alat ini mampu mengesan masa sebenar. Menggunakan GPS, alat ini akan mengesan aset kita itu dan hantar lokasi yang tepat ke telefon kita melalui aplikasi mereka.

Antara yang paling menarik adalah, kita boleh mematikan kenderaan kita itu dengan aplikasi ini jugak. Jadi, sekiranya kereta kita kena curi sekalipun, pencuri itu tak akan boleh lari jauh kerana kita boleh matikan engine kereta kita dan secara automatic, melalui pengesanan GPS Stopanik, kita boleh cari lokasi kereta kita dengan tepat.

Kepada pengusaha syarikat yang mempunyai kenderaan syarikat, alat ini juga boleh digunakan untuk melihat jarak, sejarah dan masa perjalanan kenderaan tersebut. Jadi, lepas ni, staff dah tak boleh kelentong pasal claim minyak…

Dengan spesifikasi berat dari 50g hingga 300g (bergantung pada model), alat ini deilengkapi dengan bateri yang boleh dicas semula dan tahan sehingga 7 hari.

Sumber : Website

Harga? Jangan risau… masih mampu milik. Satu device bermula daripada RM 250 sehingga RM 750. Ini juga bergantung pada model dan pelan yang dipilih. Harga ini termasuk dengan ciri – ciri system yang kami telah sebut tadi…

Ada yang berminat nak cuba? Atau yang dah cuba, boleh kongsi dengan kami... 

 

 

Sumber : Stopanik | Website