PDRM Bakal Terima BMW M3 Sebagai Kenderaan Rasmi?

GAYA HIDUP
October 07, 2021 - 03:59 PM


Seperti sedia maklum, PDRM sentiasa mempunyai beberapa buah kenderaan atau aset yang menarik yang digunakan dalam membantu mereka menjalankan tugas mahupun menjadi kenderaan pengiring untuk sesuatu majlis.

Sebentar tadi tular, dua gambar dirakam di satu lokasi tertutup berlegar-legar di media sosial menunjukkan sebuah BMW M3 yang sudah siap untuk dipandu!

Gambar-gambar itu telah meraih perhatian ramai yang kagum serta teruja dengan kenderaan baharu yang bakal digunakan oleh pihak PDRM nanti. Tidak kurang juga ada yang menjangkakan PDRM bakal menggunakan kereta berkuasa tinggi lain pada beberapa tahun akan datang.

Nampaknya kekuatan kenderaan pihak keselamatan negara semakin bertambah baik dari semasa ke semasa. Antara kereta-kereta sport yang digunakan oleh PDRM sebelum ini ialah Mitsubishi Lancer Evolution X dan Honda Civic FK8 Type R.

Fuh teruja min tengok semua gambar tu! Ha berani ke korang nak buat hal dengan PDRM?

Destination: