Masuk Fasa Endemik, Polis Akan Lebih Kerap Periksa Premis Berbanding Buat Roadblock

GAYA HIDUP
October 06, 2021 - 03:55 PM


Apabila negara memasuki Fasa Endemik kelak, TIADA sekatan jalan raya secara besar-besaran sebaliknya digantikan dengan pemeriksaan di restoran dan premis!

Itu yang akan dilaksanakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memastikan semua rakyat mematuhi SOP COVID-19.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menerusi akaun Twitternya dengan mengatakan bahawa biarpun tidak ada roadblock namun polis tetap akan menjalankan pemeriksaan secara rawak di restoran dan premis perniagaan.

Beliau berkata demikian apabila ditanya pengguna laman media sosial itu mengenai pengkuatkuasaan dan penempatan semula pasukan PDRM terhadap pematuhan SOP COVID-19 apabila SJR dikurangkan ketika negara memasuki fasa endemik.

"Ya, ini akan kekal sebagai sebahagian daripada Ops Patuh PDRM. Pemeriksaan secara rawak di restoran dan premis akan terus dilakukan untuk pematuhan SOP terutamanya di pintu-pintu masuk, perkara ini kekal penting.

"Tetapi tentunya tidak ada sekatan jalan raya yang besar," ujarnya.

Terdahulu, Khairy berkata apabila negara beralih ke fasa endemik kelak, tanggungjawab menjaga SOP akan bergantung kepada orang ramai.

Sumber: Twitter @Khairykj

Destination: