Kolaborasi Khas Vans - Signature Shoe Pa'din Musa
GAYA HIDUPAhmad Fazli Musa ataupun Pa’din merupakan nama yang tidak asing lagi dalam kalangan skateboarder di Malaysia dan juga salah seorang yang ‘ada nama’ di Asia Tenggara.
Pencapaian Pa’din yang paling tak dapat dilupakan dah semestinya mendapat emas di Asian X-Games pada tahun 2000 dan 2004.
Baru-baru ini, Pa’din melakar sejarah lagi sebagai skateboarder tempatan pertama yang mempunyai signature shoes bersama Vans iaitu pengeluar kasut skateboard Amerika yang berpangkalan di Costa Mesa, California.
Vans Malaysia telah melancarkan signature shoe edisi Pa’din yang akan hadir dengan dua model iaitu Old School Pro dan Authentic Pro. Dua model ini merupakan model kegemaran Pa’din sendiri.
Selain main skateboard, sebenarnya Pa’din ni peminat motorsikal jugak dan dia ada bengkel sendiri untuk custom motor. Warna pilihan Pa’din untuk kasut ini diinspirasikan oleh jersi perlumbaan vintage yag digemarinya iaitu hitam dan citrus. Selain itu, warna dan corak dalaman kasut ini pula terdri daripada corak tayar yang ada di motorsikal miliknya.
Selain daripada warna dan corak pilihan Pa’din sendiri, apa yang istimewa dan punyai ‘personal touch’pada kasut ini adalah pantun lama tulisan tangan anak Pa’din sendiri terdapat pada bahagian dalam kasut.
Serentak dengan releasenya kasut ini, Vans Malaysia ada sediakan dokumentari tentang Pa’din yang di arahkan oleh Mark Khor bertajuk “Demi; A Pa’din Musa documentary”. Video penuh boleh ditonton pada 27 November di channel youtube Vans sendiri.
Oh, untuk peminat kasut yang nak dapatkan kasut ini, kita tunggu 2 Disember di semua kedai Vans di Malaysia. Untuk Aunthentic Pro dijual dengan harga RM299. Old Skool Pro pula RM319.
Sumber : Website | Vans Malaysia