Kronologi Kes Viral Pergaduhan Yang Memalukan Rakyat Malaysia di Vitti Lodge Osaka Jepun

TERKINI
August 21, 2017 - 05:07 PM


Masih lagi hangat di perkatakan tentang isu pergaduhan di Vitti Lodge Osaka Jepun. Rata-rata natizen mengecam tindakan 3 pemuda berkenan yang di rasakan tidak patut terjadi.

Dari kes tertinggal flight sampailah kes buang air besar di dalam bilik mandi, nampaknya natizen masih belum boleh menerima walapun permohon oleh pihak 3 pemuda itu telah pun di buat.

Bagi saya ini hanya lah isu yang kecil dah tidak perlu di perbesarkan. Boleh selesaikan secara baik-baik. Namun itu mungkin boleh di buat bila berada di Malaysia. Seperti yang kita ketahui di Jepun rata-rata rakyat mereka merupakan minda kelas pertama. Supas pasti isu ini merupakan a big deal untuk mereka.

Banyak juga pengajaran yang kita boleh ambil melalui kejadiaan ni. Terutama buat mereka yang nak travel ke negara orang. Masuk tempat orang bawa otak bukan pisau kata Malique di dalam lagu Mentera Beradu.

 

KRONOLOGI

Kronologi kes ini berpunca dari kegagalan orang yang di viralkan sejak sampai di Osaka lagi. Dapur komuniti di Vitti Lodge perlu dibersihkan selepas digunakan seeloknya. Tetapi teguran oleh adik Qaiyum (baju biru) di anggap oleh mereka sebagai “annoying”.

TERLEPAS PENERBANGAN

Selepas mereka terlepas penerbangan mereka disebabkan kecuaian sendiri, mereka pulang semula ke lodge malam tersebut. Kemudian apabila di dapati mereka memasak untuk rakan mereka yang tinggal di tempat lain, mereka ditegur lagi oleh Qaiyum.

PERGADUHAN

Dari sudut etika perbuatan memasak itu sudah dianggap tak beretika sebab menyalahgunakan dapur Vitti Lodge tersebut. Selepas ditegur mereka mula menyerang Qaiyum sebab tak puas hati. Dan terjadilah seperti di dalam video viral tersebut.

Dan tahukah korang, selepas berlaku semua tu, Qaiyum masih lagi mendahulukan kos membaikpulih dinding dapur tersebut dari poket beliau sendiri! 130,000 yen bersamaan lebih kurang RM 5k satu jumlah yang besar bagi seorang pelajar yang tidak dibiayai oleh mana-mana pihak pun.

Qaiyum juga sangat cemerlang dalam pelajaran bahasa jepun dimana beliau telah naik ke tahap N1 dalam tempoh 3 bulan sahaja! ( permulaan N5 – tahap tertinggi N1)

Beliau juga pernah membantu satu syarikat travel penipu dari Malaysia sebanyak 180,000 yen sebab kesiankan guest yang telah di tipu syarikat berkenaan dengan pakej pelancongan ke jepun mereka.

Lebih kurang RM 7,200!! Dan sehingga saat ini, sesen pun duit Qaiyum tidak di bayar. Mungkin ada yang akan kata kenapalah dia masih percayakan orang lagi? Sebab hati dia sangat bersih, hati dia sangat baik, di dunia kita hari ini masih ada lagi orang yang seperti begini.

Update Kes Berak 3 Sekawan Rakyat Malaysia Di Jepun.

Nampaknya Rakyat Malaysia akan di Ban dari stay di Vitti Lodge & Family Apartment. Nah baca apa yang admin jumpa dekat Komen.

1) diorang ni stay terlebih had hari yg diorang byr (supposedly kena charge sbb org yg stay dkt Japan mmg particular about time unless dah kawtim awal2 dgn owner)

2) diorang makan bukan dkt tmpat yg sepatutnya. Which is if you’re in Malaysia selalunya sng nak kawtim kalau pandai jaga and owner jenis tak kisah. Tapi diorang tak tahu yg org dkt jepun sangat particular tentang peraturan. Seremeh temeh mcm mna pon benda tu untuk kita.

3) budak gemok tu tak puas hati sbb budak malay yg baju biru tu yg tegur diorang bukan owner tmpt tu. Dimana budak tu ckp sbb owner tak tahu ckp malay jdi kiranya dia ni org tgh lah.

4) budak baju hitam tu bengang sbb bising2 dan dia tumbuk dinding rumah tu sampai berlubang. Dinding rumah dkt jepun mostly nipis ye so senang damage. Tapi hrga nak baiki mmg mahal.

5) oh ya last dkali sebelum diorang fly balik salah sorang dri 3 org tu tggalkan poop dia dkt tmpt shower bukan dkt mgkuk tandas yg bidet tu ye. Dan akhir sekali mereka telah tersenarai sebagai penjenayah di jepun kalau tak silap. Hehehe

To sum up setiap perbuatan diorang tu mmg salah. Sebab dkt jepun bising tu pon dah dikira sbgai offence. Waktu malam pon kena cakap bisik2 jgn sampai jiran complain apatah lagi tengking dan berkaraoke yg di mana kalau dkt MY ni boleh tolerate lagi.

Sekian kalau salah tlg betulkan.

 

PENGAJARAN

Isu ini perkara kecil yang amat memalukan Malaysia. Tuan/Puan percayalah, rakyat Malaysia amat marah bila perkara ini berlaku kerana bukan semua pelancong Malaysia sebegini. Perkara ini mungkin boleh dielakkan jika setiap manusia ada kesedaran sivik dan sifat NEGARAKU di dalam diri.

Trio tu xmatang.. Xsepatut dibuat perangai mcm tu.. Bukan shj salah dari etika negara org, tp etika dgn org yg lebih berumur (yg baju biru tu). Sepatutnya perkara itu boleh dibincangkan dgn baik tanpa isu jika trio ada sikap matang sebagai seorang muslim.

Kita berjalan negara org, bukan sekadar utk suka2.. Tp kita juga sebagai duta kecil.. Bawa nama negara ke negara luar.. Jika kita tunjuk yg baik, maka org pn pandang negara kita baik.. Kalau sebaliknya, rosak nama negara..

Actually kita dah sedia maklum budaya jepun macammana. Always beware bile berada di negara orang. Macam perumpamaan, masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang harimau mengaum. Tak boleh la nak buat kepala sendiri. Bila ada part yang pentingkan diri sendiri, macamni lah yang jadi. Rasenye ap yang jadi tu bende kecik je kot. Tapi bile perasaan x puas hati tu ad, masalah kecik boleh jadi besar. So, masalah terbesar sekarang ialah sikap serta inner self. Bertindak tanpa berfikir.

PENYELESAIAN DAN PERMOHONAN MAAF

Seorang pengguna Facebook, Tok Sheikh memuat naik status menyatakan bahawa Ramadhan Sinclair masih belum memberi sebarang permohonan maaf kepada pihak Vitti Lodge dan juga bayaran ganti rugi kepada mangsa pergaduhan mereka, Qaiyum yang mendahulukan wangnya bagi membayar ganti rugi kerosakan yang di sebabkan oleh mereka.

Kami Belum menerima sebarang video permohonan Maaf secara terbuka drp Ramadhan dan Belum juga menerima bayaran ganti rugi yg sepatutnya di bayar kpd qaiyum (baju biru).. 

P/s: dh buat salah tu, mengaku, bayar ganti rugi dan beri Kami video permohonan Maaf secara terbuka.. agar lg Cepat perkara nie di selesaikan...dan 1 lg sila reply what's app sy dgn segera ya.. 

Terima kasih kpd Ku Hidayat kerana memberi kerjasama dan berani hantar Video permohonan Maaf secara terbuka dan mengaku Akan kesalahan, membayar ganti rugi dgn penuh (bahagian yg beliau perlu bayar) dan telah pn belajar sesuatu drp peristiwa tersebut... Faris juga telah memohon Maaf kpd pihak Kami..

-----

Semoga kes ini boleh di selesaikan dengan sebaik mungkin. Bagi natizen pula kalau boleh ELAKKAN UGUTAN, KECAMAN, CYBERBULLYING DAN LAIN-LAIN ditambah lagi kes diuruskan oleh polis Jepun dan diselesaikan mengikut undang-undang Jepun. 

Destination: