Kucing Ini Tiba-Tiba Muncul Selamatkan Lelaki Yang Sesat Di Kawasan Pergunungan

GAYA HIDUP
May 30, 2022 - 06:57 PM


Siapa sahaja yang tidak terpegun dengan keindahan pergunugan Alps di Switzerland. Tidak hanya memiliki Alps, negara indah itu juga memiliki terikan pelancongan lain yang tidak kurang hebatnya.

Antara lokasi yang menjadi tumpuan pengunjung di Switzerland ialah Gimmewald Village. Walaupun pengangkutan di situ tidak begitu efisien tetapi kawasan tersebut sering dikunjungi ramai kerana memiliki pemandangan yang sangat indah.

Suatu ketika dahulu, pernah ada pengunjung yang berkongsi pengalamannya semasa berada di situ dan apa yang dilaluinya adalah sesuatu yang sangat menarik.

Semuanya bermula apabila dia terperangkap di atas gunung. Pada mulanya dia ingin berjalan mendaki naik ke gunung tetapi laluan ketika itu telah ditutup. Jadi, dia memutuskan untuk melalui jalan lain sehingga sampai ke atas dan bercadang untuk menaiki kereta kabel untuk turun semula ke bawah. Namun, apabila sampai di atas dia mendapati kereta kabel tidak berfungsi. 

Apa yang lebih membimbangkan dia telah terjatuh semasa berjalan dan akibatnya kakinya terseliuh. Dia kemudian terpaksa meneruskan perjalanan dengan menggunakan kayu yang dijadikan sebagai tongkat. Dia mula panik apabila dia gagal mencari jalan keluar walaupun berjalan dengan melihat peta.

Tiba-tiba muncul seekor kucing datang kepadanya dan memandang tepat ke arahnya. Si comel itu kemudian berbunyi dan mula berjalan pergi. Namun, dia kembali berpaling ke belakang ke arah pelancong tersebut seolah-olah mahu memberitahu sesuatu. 

Dia kemudian berbunyi lagi, seperti mahu mengajak pelancong tersebut untuk mengikuti langkahnya. Pelancong tersebut kemudian mengikuti langkah kucing tersebut yang mula meninggalkan kawasan tersebut.

Apa yang lebih menarik kucing tersebut seolah-olah faham bawah kaki pelancong sedang sakit. Jadi, dia berjalan di hadapan dengan perlahan. Si comel tersebut juga sempat berhenti beberapa kali supaya pelancong yang mengikutinya dalam keadaan selesa. Dia juga berbunyi seolah-olah mahu memberitahu bahawa ” jangan risau, saya akan menunggu kamu.”

Selepas berjalan selama beberapa ketika, pelancong tersebut sampai di sebuah kampung di mana tempat dia memulakan perjalanan tadi. Dia juga dapat melihat hotelnya di situ.

Kini, barulah dia tahu bahawa kucing tersebut telah membantunya keluar dari kesesatan yang dilaluinya tadi. Dia berasa sangat tersentuh kerana kucing tersebut telah menolongnya ketika dalam keususahan.

Dia kemudian menulis pengalaman tersebut di internet bersama dengan video yang diambil sepanjang perjalanan. Tanpa disangka, ceritanya mula mendapat perhatian netizen. Rupa-rupanya ramai pelancong yang pernah berjumpa dengan kucing tersebut dan ramai juga yang berkongsi kisah mereka dengan kucing tersebut.

Sekali lihat mungkin kucing itu hanya seperti kucing biasa yang lain. Namun, siapa sangka dia telah membantu ramai penunjung yang sesat di kawasan pergunungan itu. Jelas sekali dia memiliki kebolehan yang luar biasa serta hati yang baik kerana sering membantu mereka yang memerlukan bantuannya.