Kumpul Semua Link Media Sosial Korang Pada Satu Pautan Dengan KOMACI Link

GAYA HIDUP
August 19, 2021 - 03:53 PM


Ada banyak sangat link media sosial dan tak cukup ruang di bahagian bio untuk muatkan semua? 

Kalau sebelum ni, semua orang hanya guna Twitter, Facebook, dan Instagram, tak lah banyak sangat kan? Tapi kini kita berada di dalam era digital dan masing-masing dan ada lebih daripada 3-4 media sosial, tak cukup media sosial, ada juga yang ingin pautkan sekali pautan kedai dalam talian, dan sebagainya. 

KOMACI baru-baru ini melancarkan KOMACI Link, sebuah platform di mana pengguna boleh meletakkan kesemua link media sosial korang di bawah satu pautan sahaja. Maksudnya, korang hanya letak satu link di bahagian bio, jadi pengikut korang hanya perlu tekan di pautan tersebut untuk capai korang di media sosial yang lain. 

Dengan KOMACI Link, korang boleh sambungkan gaya hidup di Instagram, vlog mingguan di Youtube, video lipsync di Tiktok, senarai lagu di Spotify, dan macam-macam lagi, hanya pada satu pautan!

Platform seperti Instagram hanya membenarkan pengguna untuk meletakkan satu pautan sahaja di ruangan bio, jadi korang boleh letakkan sahaja KOMACI Link, settle!

​​

KOMACI Link juga boleh digunakan sebagai sebuah platform portfolio di mana mereka yang mempunyai kerjaya di media social mampu mempamerkan kesemua hasil kerja atas talian, di bawah satu pautan. 

Paling menarik sekali, korang juga boleh lihat prestasi setiap link!

Daftar sekarang di KOMACI Link!