Lafaz Niat Puasa Ramadhan Harian Dan Sebulan Serta Doa Berbuka Puasa
GAYA HIDUPNiat Puasa Ramadhan Dan Doa Berbuka Puasa. Bagaimana cara lafaz niat puasa Ramadhan secara harian dan niat sebulan? Bulan suci Ramadhan adalah bulan yang paling dinanti oleh semua. Setiap tahun, umat Islam di Malaysia akan mengerjakan ibadah puasa wajib pada bulan ke sembilan dalam Kalendar Islam iaitu Bulan Ramadhan.
Tarikh mula puasa di Malaysia pada tahun 2019 bersamaan dengan tahun 1440 Hijrah adalah pada hari Isnin, 6 Mei 2019 berdasarkan kepada tarikh penting dalam Kalendar Islam 2019. Buat mereka yang masih belum menggantikan puasa (qadha puasa), lekas-lekaslah berbuat demikian sebelum munculnya bulan Ramadhan.
Untuk kemudahan bersama, dikongsikan Lafaz Niat Harian/ Sebulan Puasa Ramadhan Dan Doa Berbuka Puasa Dalam Rumi yang berguna semasa bulan Ramadhan.
Lafaz Niat Puasa Ramadhan Harian Dan Sebulan Serta Doa Berbuka Puasa.
Menurut bahasa: Puasa ialah menahan diri daripada melakukan sesuatu seperti makan, minum dan bercakap.
Menurut syara’: Puasa ialah menahan diri daripada sebarang perkara yang membatalkannya, bermula dari terbit fajar hingga matahari terbenam dengan niat.
Umat Islam yang mempunyai cukup syarat diwajibkan berpuasa di bulan Ramadhan bersandarkan kepada dalil seperti berikut :-
Al-Quran
Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan berpuasa keatas kamu sebagaimana diwajibkan ke atas orang yang terdahulu daripada kamu, mudahmudahan kamu bertakwa (Surah Al-Baqarah, ayat 183)
Hadis
Daripada Ibnu Umar dari Nabi Muhammad S.A.W bersabda; Islam itu dibina atas lima perkara, bersaksi Tiada Tuhan Selain Allah dan Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah, Mendirikan Sembahyang, Membayar Zakat, Puasa Pada Bulan Ramadhan dan Menunaikan Haji (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Hadis Rasulullah s.a.w: Ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w melalui sabdanya yang diriwayatkan oleh Ahmad, An- Nasa’i dan Al Baihaqi dari Abu Hurairah, yang bermaksud:
“Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang penuh berkat. Allah telah fardhukan ke atas kamu berpuasa padanya. Sepanjang bulan Ramadhan itu dibuka segala pintu Syurga dan ditutup segala pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan”
Hukum Mengerjakan Puasa Ramadhan
Hukumnya adalah Fardhu Ain dan kefardhuan ini ditetapkan oleh dengan al-Quran, al-Sunnah dan Ijmak Ulama. Waktu berniat puasa adalah bermula daripada terbenam matahari, yakni masuk waktu sembahyang fardhu Maghrib hinggalah sebelum terbit fajar shadiq (waktu Subuh). Oleh itu, bolehlah dilakukan berniat untuk puasa pada mana-mana bahagian daripada waktu tersebut, walaupun semasa berbuka.
Niat puasa adalah merupakan syarat sah berpuasa dan hukumnya adalah wajib. Tanpa niat maka tidak sah puasa seseorang itu. Ini kerana berpuasa itu adalah satu ibadah (ibadah mahdhoh) dan sesuatu ibadah itu tidak sah melainkan disertakan bersamanya niat seperti mana solat.
Lafaz Niat Puasa Ramadha
Berikut dikongsikan cara niat puasa Ramadhan dan doa berbuka puasa berserta maksud dan bacaan dalam rumi.
Adalah tidak wajib dan tidak juga sunat berniat puasa dalam bahasa Arab, memadai jika ianya di baca dalam bahasa Melayu atau apa-apa bahasa yang kita fahami. Tetapi baik dan berpahala jika diamalkan dalam bahasa Arab dengan niat kita cinta kepada bahasa Arab sebagai bahasa Nabi Muhammad s.a.w. dan bahasa Al-Quran