Tak Sempat Tengahari Dah Lapar? Ini 7 Makanan Yang Korang Patut Makan Waktu Sahur

GAYA HIDUP
April 15, 2021 - 03:13 PM


Awal-awal Ramadan ni mesti korang susah nak tahan rasa lapar sebab perut korang mesti tak biasa lagi tak makan sepanjang 13 jam kan? Tubuh badan kita sebenarnya memerlukan waktu untuk biasa dengan perubahan keluar masuk makanan dalam badan. 

Ramai pula yang masak macam-macam pada waktu sahur dan makan sampai penuh perut dengan harapan makanan boleh tahan sampai waktu berbuka, tetapi sebenarnya tidak guna korang makan banyak-banyak tapi korang tak makan makanan yang betul. Makanlah banyak mana sekali pun, kadang-kadang tak sampai tengahari, dah lapar. 

Ini dia tujuh makanan yang boleh buat korang kenyang lebih lama;

 

1. Kentang

Kentang yang direbus atau dipanggang padat, dan kaya dengan vitamin C serta beberapa nutrisi sihat yang lain. Kajian yang dilakukan Satiety Index juga memberikan skor tertinggi kepada makanan itu, sebanyak 323.

Ia adalah makanan paling efektif untuk mengurangkan nafsu makan berbanding makanan lain serta lebih mengenyangkan. Sangat sesuai untuk korang makan pada waktu sahur!

 

2. Oat

Oat yang merupakan sejenis serat yang sangat membantu dalam mengawal kadar gula dalam darah dan kolesterol. Paling penting sekali, oat sangat mengenyangkan dan tahan sangat lama. 

Kalau korang nak oat korang rasa lebih sedap, boleh tambahkan madu, atau buah-buahan bagi pada hidangan oat. 

3. Susu rendah lemak

Susu rendah lemak antara minuman yang dapat meningkatkan rasa kenyang termasuk produk lain seperti yogurt dan sebagainya.

 

4. Telur

Telur adalah sumber protein, vitamin dan mineral yang sangat baik, sekali gus membuatkan korang kenyang dengan lebih lama. Jadi, ramai yang menjadikan telur sebagai pilihan makanan untuk waktu sahur. 

Kajian dilakukan International Journal of Food Sciences and Nutrition pada 2011 dengan memberi peserta makanan seperti telur dadar, kentang panggang dan sandwich ayam.

Selepas empat jam, peserta yang memilih telur dadar masih berasa kenyang.

 

5. Ikan

Ikan kaya dengan omega-3 yang merupakan lemak yang baik untuk manusia serta meningkatkan rasa kenyang selain ia boleh dimasak dengan pelbagai cara dan cukup menyelerakan.

 

6. Daging

Seperti ikan, daging lembu tanpa lemak merupakan pengganti kedua terbaik selepas ikan. Ia bukan sahaja meningkatkan sumber protein tetapi juga dapat membuatkan rasa kenyang lebih lama. Nak masak pun macam-macam menu boleh buat ni, hehe. 

 

7. Sayur-sayuran

Memang kita tahu yang sayur-sayuran kaya dengan vitamin, mineral yang cukup berkhasiat selain rendah kalori serta mengandungi kandungan air yang lebih banyak. Walaupun ramai yang tak suka makan sayur, korang kena cuba makan sayur untuk sahur sebab memang akan kenyang lebih lama. 

Sumber: mStar